Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

28.11.14

MUHASABAH~

lama tak update blog. rindu pulak nak meroyan kat laman ungu ni walaupun aku je yg nak baca. bukan ada org baca pun. tapi..kisah pulak aku? suka hati aku la blog aku. hihi..sebenarnya tetiba hari ni rasa nak audit diri dan check list apa impian yg belum aku capai. jom tengok bawah.

KERJA
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah setahun rupanya aku grad dari UKM tercinta. pejam celik rupanya dah setahun jugak aku bekerja. puas hati? tak jugak…kalau boleh nak dapat kerja yang lagi bagus, nak pegang jawatan yang diidamkan selama ni.tapi..mak cakap sabar..Allah sedang merencanakan apa yang terbaik utk hamba-hambaNya. betul cakap sahabat aku dulu. Allah bagi aku kerja kat tempat sekarang ni, ada hikmahnya. mungkin Dia nak aku jadi lebih baik, atau nak aku bersama orang-orang yang baik supaya aku dapat sedikit kebaikan tu. dan bila aku fikirkan, mungkin Allah nak lihat sejauh mana aku bersyukur bila dapat kerja, dapat makan gaji, dan mungkin jugak Allah sedang menilai bagaimana aku menunaikan amanah yang diberi. kalau dah lulus semua tu, insyaallah Dia akan bagi ganjaran yang lebih hebat, kerja yang lebih bagus atau gaji yang lebih banyak. bak kata naqibah aku, kita kena sentiasa positif dengan Allah. jangan sesekali sangka yg Allah tak bagi apa kita nak sebab Allah tak sayang kita. so, NURUL HUSNIYAH BT ALI, jangan sesekali mengeluh. ikhlaskan hati dalam melaksanakan tanggungjawab. mak cakap kerja aku sekarang ni, berat tanggungjawabnya, tapi insya-Allah besar rahmatnya. 



JODOH
ramai yang dah sibuk jadi team melodi kat aku sekarang ni. wartawan gosip bersama soalan klishe “bila nak kawin?” soalan ni memang simple tapi sangat susah nak jawab. dan skema  jawapan aku pon klishe jugak, insya-Allah hujung tahun, tapi tak tau tahun bila. huahuahua.. seperti yg selalu aku cakap kat kawan-kawan aku, soal nikah kahwin ni buat masa sekarang entah jatuh nombor keberapa dalam list target hidup aku. bukan bermaksud aku tak mahu kahwin. sapa yg tak mahu kahwin oii..kang cakap aku tak normal pulak. Cuma…masih banyak benda yang jadi prioriti aku sekarang. masih banyak target yang belum dicapai. bila fikir soal jodoh ni pulak, kadang-kadang tengok org bahagia, alahai..rasa macam nak sambar je bangla petronas kat rumah aku tu dan ajak dia kahwin. tapi bila dengar cerita kawan-kawan yang dah kahwin, rasa takut pulak. tak bahagia, berlakon bahagia, tiap hari nangis, laki buat perangai, mertua cucuk jarum, laki tak bagi kerja dan paling dasyat, laki pukul then kena cerai. Allah..nauzubillah..tapi tu semua kan dugaan masing-masing..sebab tu aku tak stress sgt fikir fasal jodoh ni. ada sorang ustaz ni cakap, nak dapat jodoh yang baik, kita kena la berusaha ubah diri jadi lebih baik. sebab lelaki yg baik utk perempuan yg baik. insya-Allah..sedang berusaha ke arah itu. mungkin Allah tak bagi aku jodoh lagi sebab aku masih belum cukup baik atau layak utk jadi seorang zaujah, atau seorang ibu atau seorang menantu. mungkin Allah nak bagi aku ruang dan peluang untuk jaga mak aku dulu sekarang. dan mungkin jugak jodoh aku pon sedang berusaha menjadi lelaki yg lebih baik sekarang. siapa tau? jodoh kan rahsia Allah J



SAMBUNG BELAJAR
tengok kawan-kawan semua sambung belajar sapa tak teringin..dari dulu, cita-cita aku nak belajar sampai PHD. tapi belum ada rezeki. mungkin rezeki sambung belajar tu ada, tapi Allah tahan dulu sekarang. mungkin Allah tahu yang aku belum cukup bersedia nak belajar lagi. mungkin Allah tahu yg keadaan mak aku sekarang lebih memerlukan aku. mungkin jugak lepas ni, akan ada peluang belajar yang lebih luas untuk aku. kadang-kadang aku macam menyesal, kenapa aku tak bijak macam org lain, dapat biasiswa sambung belajar, tak payah susah-susah kumpul duit atau mintak pinjaman. tapi Alhamdulillah aku tak terus salahkan Allah. muhasabah diri. kalau aku sambung belajar, boleh ke aku hadap semua tekanan tu sekarang? mampu ke aku habiskan master dengan cemerlang? boleh ke aku belajar tanpa keluar joli huha huha macam dulu? jadi buat masa sekarang, biarla kawan-kawan sambung belajar dulu. insya-Allah nanti ada rezeki aku belajar lagi. mungkin sambung belajar dengan suami ke nanti? kekeke :P




dah habis sesi renung masa depan. sesiapa yang baca entri ni, aku mohon tolong doakan semua urusan aku dipermudahkan supaya aku dapat apa yg aku tulis kat atas tu ye. J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...