Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

30.12.11

Selamat Tinggal 2011,Selamat Datang 2012 !!



mungkin ini entri terakhir aku untuk tahun 2011. ( mood sedih mengada ngada)
mungkin je. kot la esok da malas nak hapdet belog ungu ni kan.yela esok orang plan nak stadi tau tak. *berlagak
mari kita bersama-sama merenung kembali pahit manis yg kita lalui dalam tahun 2011 yg bakal meninggalkan kita beberapa jam saja lagi.
untuk aku, 2011 punya ceriteranya yg tersendiri..
yg manis, yg pahit.. semua tu adalah salah satu proses kehidupan seorang remaja (sy remaja lagi)
oke taknak lah listkan semua peristiwa 2011 kan..
tapi tarikh yg paling aku ingat..
20 Disember
tak pernah lupa pon tarikh ni, sebab tarikh ni arwah ayah pergi kpd penciptaNya. tahun 2011 ni genap 11 tahun arwah ayah takde..
semoga rohmu tenang disana ayah :"(
AZAM 2012??
dari dulu aku dok pikir, kenapa bila tahun baru je mesti kena ada azam? tak boleh ke azam setiap hari selepas bangun tido? hehe
azam tahun baru aku adalah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MENCAPAI AZAM TAHUN LEPAS YANG TAK TERLAKSANA. peace^^
p/s: untuk kawan2 tersayang, 
selamat tahun baru dan selamat menanam azam baru (eh ada ke ucapan cm tu? ngee)


sumber gambar: Pak Cik Google

rindu serindunya

sedang menghitung hari untuk balik.. sangat-sangat rindukan family kat kg especially kat mak dan anak buah tersayang Adib Sufie Adha. bila bosan tak tau nak buat apa tadi, layan je gambar-gambar family.tengok gambar adib senyum sorang-sorang teringat keletah dia. lepas tu lagi la bertambah rasa rindu.. sabarla wahai hati.. <3





gambar adib masa raya. songkok yg dia pakai tu paksu dia yang punya.hehe



 gambar adib kat shopping mall. dia penat, lepas tu mintak air jagung pebret dia :)

macam kenal je yg dukung adib tu ;p

then tadi ada jumpa satu video ni kat Facebook.. comel sangat.terus rasa nak call kg cakap ngan adib..






comel kan baby dalam video ni. geram betol. ^^

29.12.11

Kamu memang hebat wahai Apex!


kenal siapa dalam gambar lelaki di atas? takkan tak kenal kan.. dia Khairul Fahmi atau Apex, penjaga gol Malaysia. gambar ni saya ambil dalam sebuah artikel di mynewshub dua hari lepas. antara petikan artikel tersebut ialah:


KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat.


Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.


Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.


Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.


Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.


Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.
siapa sangka kan, seorang ahli sukan yang dilanda dengan pelbagai kontroversi, dikutuk, dikecam hebat, diselongkar kisah peribadi, kini dipilih menjadi model sebuah majalah. yang pastinya, cerita tentang Apex dalam majalah itu nanti adalah tentang kehebatan Apex sebagai seorang gol keeper yang dianggap bertaraf dunia. bukan tentang kontroversi dia ya. jadi sape cakap dia jadi model majalah sebab kontroversi semata-mata memang aku sekeh! hehe..
bagi aku dia seorang yang hebat. mungkin ada sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan aku tapi  pendapat semua orang tidak sama kan :)


eh perlu ke letak gambar ni? hehe saja je nak menunjuk aku ada gambar dengan Apex. peace^^

28.12.11

Doa Insan Berkasih~

Ya ALLAH, aku meminta padaMu seorang yang tidak sempurna, Supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya, keranaMu. ♥




kepada kamu, aku tak ingin kesempurnaan dari kamu, cukuplah sekadar kamu dapat menerima kekuranganku untuk sempurnakan hidupmu.
panjatkanlah doa kepadaNya agar cinta di hati kita tidak melebihi cinta kepada Yang Esa...


27.12.11

exam mood ~

study week..minggu study..
tapi aku belum study apa-apa..
rasa tak ada jiwa untuk study..
buka buku je terus jadi malas
apa nak jadi..
buka buku berangan..


lepas tu buka movie korea layan sampai bosan. sengih sorang-sorang.. ampun mak.. hee
tak pe.nanti dekat-dekat nak exam orang study ye mak.. saya boleh!!



kepada teman-teman semua, especially kosmate persuratan melayu, selamat berjuang, menjeling, menggaru kepala dan mengetuk-ngetuk pen dalam dewan exam nanti. semoga berjaya mencapai target masing-masing. wish me luck :)


tengok gambar ni bagi masuk sikit semangat jawab exam 

26.12.11

romantik atau budiman?

semalam..aku bersama teman pergi ke Time Square selepas tak jadi menghadiri majlis perkahwinan kawan lama kepada teman saya tu..(feras) err..dah pergi wedding kan. jadi kami berdua dengan ayunya berbaju kurung ke mall tersebut. tak jadi masalah :)

semasa berjalan-jalan, kami ternampak sepasang kekasih atau sepasang suami isteri, (sebab aku tak pasti hubungan mereka) tapi aku syak mereka adalah kekasih kerana nampak seperti budak sekolah sedang beratur untuk membeli tiket menonton wayang. apa yang menarik perhatian aku dan rakan adalah lelaki atau budak lelaki tersebut menggalas beg tangan sedangkan si budak perempuan tidak menggalas apa-apa beg.
aku usha rupa bentuk beg tangan tersebut. ternyata beg tersebut adalah beg perempuan. oh! baiknya lelaki itu sehinggakan sudi menggalas beg tangan makwenya.

gambar hiasan

setelah itu, kami terjumpa lagi beberapa pasangan lain yang melakukan hal yang sama. lelaki menggalas beg tangan si wanita. sudah menjadi trendkah?

aku terfikir, apakah perasaan si wanita apabila teman lelaki mereka menolong menggalas beg mereka? bangga? terharu? rasa macam nak ketawa ;p

bagi aku tak perlulah sampai begitu jika ingin menunjukkan sifat romantis anda. minta maaf ini hanya pendapat aku. tetapi jika seoarang isteri yang sarat mengandung atau sedang mendukung bayi, wajarlah suaminya menolong isteri menggalas beg tangan. itu baru lelaki budiman :)

 lelaki yang bawa beg macam ni lagi baik dari bawa beg wanita kan

kalau wanita-wanita di luar sana suka teman lelaki menggalas beg tangan anda, selepas ini ada baiknya jika anda ingin membeli beg tangan, suruh sahaja teman lelaki anda yang memilih mengikut cita rasa mereka kerana yang menggalasnya bukan anda tapi mereka :)


christiano ronaldo pun bawak beg sendiri, bukan beg gepren :)

23.12.11

mari membaca :)

hari ini nak cerita tentang hobi.
hobi aku dulu, kini dan insyaallah selamanya adalah membaca.
baca apa?
aku suka baca apa-apa sahaja asalkan boleh dibaca :)
tapi
aku paling pantang nampak novel. terus ambil dan baca.
dulu masa sekolah rendah (5-9 tahun), aku gemar membaca buku-buku dongeng. paling suka kisah puteri raja dan cerita binatang.





bila dah besar sikit, ( 10-12 tahun), aku sangat menggemari novel-novel remaja yang berkisahkan penyiasatan. aku masih ingat. novel kegemaran aku ialah siri tiga penyiasat.


macam ini

dan macam ini

masa umur 12tahun jugak, sudah pandai membaca novel cinta remaja :)



masuk tingkatan 1, tinggal di asrama, tabiat membaca semakin menjadi-jadi kerana ada perpustakaan asrama yang buku-bukunya boleh dipinjam bila-bila masa. ketika ini, novel-novel cinta dewasa menjadi pilihan. masih ingat novel pertama yang aku baca ialah Kau Yang Satu




kemudian aku sudah seperti jatuh cinta dengan novel-novel macam ini. mula kumpul duit poket semata-mata ingin beli sendiri novel. lebih puas hati bukan.. novel pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri ialah

ombak rindu
dan aku terus mendapat hobi baru iaitu mengumpul novel



semua yang di atas adalah novel popular bukan? tapi, apabila masuk ke UKM dan mengambil jurusan Persuratan Melayu, aku mula mengenal novel-novel sastera. semasa di sekolah dahulu, aku hanya membaca novel-novel KOMSAS.. tapi paling suka novel Julia.
novel KOMSAS tingkatan 5


jadi, adakala aku rasa rendah diri dengan teman lain kerana kebanyakan dari mereka dari jurusan sastera dan sudah banyak membaca novel sastera. sedangkan aku, tidak pernah kenal mana-mana novel sastera sebelum ini. cuma seingat aku, semasa di tingkatan 3, aku hanya membaca sebuah novel sastera. novel tersebut menjadi teks wajib untuk subjek sastera kakak aku yang ketika itu di tingkatan enam iaitu


novel karya Keris Mas ini memang menarik. aku sering curi-curi membaca novel ini di luar pengetahuan kakak. jangan salah faham. kakak aku bukan tidak suka aku membaca tetapi katanya lebih baik aku mengulangkaji subjek-subjek aku untuk PMR. hehe..
sekarang, bila diwajibkan membaca novel-novel sastera, malas pula.. tapi sekurang-kurangnya aku berpeluang juga mengenal novel-novel sastera bukan? kata cikgu aku dulu, minat itu boleh dipupuk.jadi mari bersama aku memupuk minat terhadap novel sastera :)

p/s: ayat akhir tu sebagai kata-kata semangat untuk teman-teman Persuratan Melayu habiskan baca novel wajib untuk exam nanti. ngee ;p



20.12.11

Cerpen Untuk Dr Misran (Bahagian 2)

"Kamu Pemilik Hati Setelah Allah Dan Rasul"


Aina Wafiyah
Pesanan ringkas itu aku baca berkali-kali. Bersama air mata yang mengalir laju, aku menggeleng kepala tanda tidak percaya. Tangisanku mula menjadi esakan yang kuat. Sampai hati Zuhdi! Ahh, lelaki itu seperti sengaja ingin memainkan perasaanku! Aku terduduk di atas katil dan terus menangis. Ya. Wanita lemah seperti aku, apa lagi yang dapat dilakukan selain menangis? Gambar Zuhdi di atas meja kecil di sisi katil aku capai. Aku menatap gambar Zuhdi yang sedang tersenyum mesra. Pedihnya hatiku hanya tuhan yang tahu. Zuhdi, seorang lelaki budiman yang pertama kali berjaya mencuri hatiku. Perkenalanku dengannya bermula ketika aku menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu ketika menyertai Hari Interaksi bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Ketika itu, Zuhdi yang juga presiden persatuan mengimamkan solat maghrib kami dan setelah itu menyampaikan kuliah maghrib yang aku kira amat memberi kesan. Cara penyampaiannya yang penuh keyakinan dan disertakan dengan hadis-hadis Nabi itu amat memukau sesiapa sahaja yang mendengar.
      Ketika itu, aku tidak langsung terfikir bahawa dia akan menjadi kekasihku seperti sekarang. Hubungan kami mulai rapat selepas program tersebut. Kebetulan pula dia juga merupakan seniorku dalam jurusan Undang-Undang Syariah. Bermula dengan hubungan sebagai senior dan junior, kami mulai serasi dan lama-kelamaan menjadi pasangan kekasih. Namun sepanjang menjalinkan hubungan, Zuhdi selalu mengingatkan aku akan batas-batas aurat antara kami. Walaupun sering bertemu berduaan namun tidak pernah sekali kami bersentuhan. Ya. Dia memang seorang lelaki soleh yang budiman. Aku sangat mengharapkan untuk menjadi suri hidupnya suatu hari nanti.
      Namun, hari ini, Zuhdi, lelaki pertama yang aku jatuh cinta itu telah memusnahkan segala impianku selama ini. Pesanan ringkasnya yang panjang lebar sebentar tadi sudah merenggut segala rasa aku ketika ini. Zuhdi ingin memutuskan hubungan kami! Aku teresak lagi. Aku pandang semula bait-bait kata dalam pesanan ringkas Zuhdi. Mataku terasa kabur dengan air mata.
      Assalamualaikum.. Fiy, terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan andai apa yang bakal saya luahkan ini akan mengguris perasaan awak. Sebenarnya berat buat saya untuk membuat keputusan ini, Fiy. Namun, percayalah, saya melakukan ini kerana saya sayang akan awak dan tidak mahu awak terus berdosa kerana mengulit rasa kasih buat saya yang bukan muhrim awak. Demi Allah, saya amat menyayangi awak. Tetapi saya alpa, Fiy. Saya terlupa bahawa saya tidak boleh menyayangi seorang wanita yang bukan isteri saya. Wafiyah, mulai saat ini, saya akan cuba lupakan perasaan saya terhadap awak dan saya berharap awak juga akan melupakan rasa cinta awak terhadap saya. Bukankah bercinta sebelum nikah itu perkara dilarang, Wafiyah? Jadi, cukuplah hubungan kita setakat ini. Insyaallah. Andai awak pemilik tulang rusuk kiri saya yang hilang, maka kita akan bersama nanti dalam hubungan yang diredhai. Salam maaf dari saya..Zuhdi.
      Aku memejamkan mata buat seketika. Cuba menenangkan perasaan. Jalinan cintaku bersama Zuhdi selama ini adalah perkara terlarang? Masyaallah. Aku bangun mengambil wuduk lalu berserah diri kepada Yang Esa.
      Hatiku sedikit tenang setelah bersolat dan merintih kepada Allah sebentar tadi. Allah seolah-olah memberiku petunjuk bahawa aku tidak harus bersedih menangisi nasib diri yang kehilangan kekasih hati. Aku bagaikan baru tersedar bahawa selama ini aku sememangnya sering terleka dengan mainan perasaan terhadap seorang lelaki bernama Zuhdi. Ya. Aku masih menjaga kehormatanku selama ini namun aku akui, kadangkala hatiku melayang mengenangkan kekasih hati. Kadangkala aku dan Zuhdi berbalas bait cinta melalui pesanan ringkas dan adakala kami saling meluah rasa kasih di dalam perbualan telefon. Aku beristighfar lagi apabila terkenangkan renungan mesra yang diberi Zuhdi ketika kami bertemu dahulu. Aku balas renungannya dengan senyuman manis dan tersipu.
      Benar kata Zuhdi. Andai jodohku dengannya kelak, pasti kami akan bersama. Aku nekad untuk cuba melupakan rasa cintaku terhadap Zuhdi. Semester ini merupakan semester terakhir untuk Zuhdi. Bermakna dua minggu lagi Zuhdi akan meninggalkan alam universiti yang penuh ranjau. Mungkin ini adalah saat yang sesuai untuk kami saling melupakan. Kami tidak akan bersua lagi selepas dua minggu ini. Alhamdulillah..seperti Allah memudahkan jalan bagiku yang punya hati yang lemah ini. Nombor telefon Zuhdi yang kusimpan di dalam telefon bimbit segera kupadam. Begitu juga dengan gambar-gambar Zuhdi yang berada dalam simpananku, aku masukkan ke dalam sebuah kotak lalu kutapekannya seolah-olah tidak mahu dibuka lagi.
      Aku berdoa kepada Allah agar membantu aku melupakan lelaki yang pernah menghuni hatiku sebelum ini. Aku berjanji kepada diriku sendiri, bahawa aku hanya akan memberi cinta dan hati ini kepada suamiku kelak. Insyaallah.

19.12.11

mimpi : mainan tidur atau mainan jiwa?

kata orang,
mimpi itu mainan tidur
kata orang,
mimpi itu bisikan syaitan
kata orang lagi,
mimpi itu gambaran di fikiran
semalam saya bermimpi.. bukan kali pertama mendapat mimpi..
tapi
kali pertama bermimpikan perkara seperti ini
petang ini, saya mimpi lagi "perkara" yang sama
dulu mak cakap
mimpi adalah mainan jiwa
jika tidur dengan jiwa gelisah
maka akan terbawa perasaan itu dalam mimpi
jika tidur dengan hati yang senang
kebahagiaan akan datang dalam mimpi
dan
jika tidur dengan membayangkan seseorang
akan hadir insan itu dalam mimpi
kelakar kan..




macam-macam orang tafsirkan melalui mimpi..
saya kurang percaya mengenai mimpi membawa alamat akan sesuatu..
mungkin betul kata orang yang mimpi hanya sekadar hiburan dalam tidur :)

KAU BERNAMA SAHABAT

sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar
sahabat setia bagai pewangi mengharumkan
sahabat sejati menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan tuhan

dulu,
mak selalu cakap kawan adalah orang yang terpenting dalam hidup selepas keluarga. 
ya.
saya juga mengakuinya. mungkin kerana saya seorang yang ramah dan suka menegur orang yang baru ikenali, saya punya ramai kawan. tetapi, saya amat susah untuk menerima atau melabel seseoarang sebagai kawan baik atau teman akrab saya. semasa di sekolah dahulu, saya hanya punya seorang teman akrab, yang susah senangnya bersama saya.sekarang walaupun dia menuntut di UUM, jauh dengan saya namun dia adalah tenam yang pertama yang saya akan hubungi jika ada berita baik mahupun punya masalah. sayang kamu Nabela Huda <3

sekarang
sepanjang saya berada di UKM ini, saya hanya punya empat orang yang selayaknya digelar teman akrab saya.
~ Nurul Hazirah TENGOK DIA KAT SINI

~ Siti Rohayu ( along saya ) TENGOK DIA KAT SINI
                                           
~ Nor Wahyuna ( angah saya) TENGOK DIA KAT SINI

~Nor Madihah (acik saya ) TENGOK DIA KAT SINI

saya sayang mereka semua. saya tidak pernah berhenti berharap agar ukhuwah yang terjalin ini berkekalan selamanya. 
untuk acik/ madihah, selamat hari lahir yang ke-21. terima kasih kerana buat saya tersentuh dengan entri awak yang INI


biar ikatan kita kuat macam ni :)




18.12.11

Cerpen Untuk Dr Misran (Bahagian 1)

"Kamu Pemilik Hati Setelah Allah Dan Rasul"




Muhammad Zuhdi
ASTAGHFIRULLAHALAZIM, aku mula sedar kekhilafan yang aku lakukan. Selama hampir lima tahun aku berdakwah, menyebarkan ilmu Allah di setiap pusat pengajian, di IPTA mahupun IPTS, aku menyampaikan tazkirah dan kuliah subuh di masjid universiti saban minggu, namun aku alpa akan sesuatu. aku leka. Aku terlalu asyik dengan nikmat dunia. Masyaallah.
            Aku nekad. Aku perlu keluar dari semua ini. Aku tidak boleh terus menjadi mangsa mainan iblis laknatullah. Bukan hanya aku. Aku juga telah menjerumuskan seorang lagi hamba Allah yang suci hatinya ke arah perbuatan yang dimurkaiNya. Lantas aku terbayang wajah ayu Wafiyah, kekasihku selama tiga tahun ini. Kekasih? Aku mengucap lagi. Buntu. Sebak. Aku perlu membuat keputusan sekarang juga. Kata-kata Ustaz Muammar masih terngiang di telinga.
         “Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
            Tetapi bukankah hubungan cinta antara aku dan Wafiyah berlangsung dengan perlakuan yang tidak menjurus ke arah maksiat? Kami tidak pernah bersentuhan tangan, tidak pernah berbicara mengenai sesuatu yang menaikkan syahwat apatah lagi berpelukan dan bercumbuan seperti kebanyakan pasangan muda yang lain. Malah, setiap pertemuan dan perbualan kami biasanya diisi dengan usrah dan kata-kata nasihat, juga berkongsi dan saling bertukar pendapat mengenai ilmu dan hal-hal semasa.Namun aku teringat kembali jawapan Ustaz Muammar atas hujah yang aku beri padanya untuk mempertahankan hubungan aku dengan Wafiyah dahulu.
            “firman Allah Taala yang bermaksud:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina iaitu melihat, bertukar senyuman, berbalas salam, berbual, berjanji dan berjumpa. Kamu dan pasangan kamu tidak melakukan zina  namun percayalah, hukum Allah itu semuanya bersebab. Sesungguhnya kamu mendekatkan diri kepada zina hati. Apabila kamu saling berbicara, kamu pasti tidak menundukkan pandangan kamu. Kamu saling bertukar senyuman mesra yang melalaikan hati, dan apabila kamu saling meluahkan rasa cinta, hati kamu saling merindu, maka kamu sudah berzina melalui hati. Zuhdi, jodoh itu ibarat rezeki, ia sudah ditentukan olehNya kepada setiap hambaNya. Berdoalah semoga kamu diberi jodoh dengan wanita yang solehah.”
           Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Kata-kata Uztaz Muammar, penceramah yang seringkali aku ikuti kuliahnya itu ada benarnya. Aku malu akan diriku sendiri. Aku seorang presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam di universitiku. Aku sering berkongsi artikel mengenai agama islam kepada rakan-rakan lain, namun pada masa yang sama aku telah melanggar hukum Allah dengan menyulam kasih dengan juniorku sendiri, Wafiyah. Aku leka melayan rasa kasih yang mula bercambah terhadap Wafiyah saban hari. Hatiku berbunga acap kali bertemu dan melihat wajah manisnya. Aku tersedar, yang hatiku tidak zuhud seperti namaku. Ya. Zuhdi bermaksud zuhud dan tidak mementingkan nikmat dunia. Sedangkan aku, telah asyik menikmati kenikmatan cinta bersama bukan muhrim di dunia tanpa memikirkan balasannya di akhirat kelak. Aku menggeleng kesal.
        Keputusanku muktamad. Aku perlu putuskan hubunganku dengan Wafiyah! Air mata lelakiku bergenang. Aku terlalu menyintai Wafiyah namun aku perlu akur dengan hukum Maha Pencipta. Andai benar Wafiyah adalah jodohku, pasti aku akan memiliki cintanya dengan halal kelak. Lantas telefon bimbit kucapai lalu menaip patah-patah kata yang amat berat untuk aku ucapkan kepadanya. Selesai menaip, aku baca semula bersama nafas yang seakan tersekat. Aku melafazkan bismillahirrahmanirrahim dan menekan butang send.




13.12.11

~Lukisan Kehidupan

aku suka melakar
pada sekeping kanvas
satu gambaran yang terlintas di benakku
sebuah gambaran kehidupan
aku suka mencoret
pada sekeping kertas
satu cerita yang terlintas di mindaku
sebuah cerita kehidupan
sesekali tangan yang melakar terhenti
namun tangan yang mencoret terus menari
telah aku siapkan
satu gambaran indah
serta satu cerita kehidupan
yang tak pernah sudah


(NURUL HUSNIYAH, 13 DISEMBER 2011)

aku menulis, bukan kerna nama...

5.12.11

:: kek coklat::

sudah pukul 3.30 pagi.tapi mata masih belum mengantuk.
dan tiba-tiba berasa lapar..bila lapar terfikir bermacam jenis makanan..
dan saya teringin nak makan kek coklat..
dulu saya pernah cerita tentang kek coklat di SINI tetapi saya tidak berkongsi resipinya.
hari ini saya kongsikannya. resipi kek coklat ini sentiasa melekat dalam minda saya :)



bahan-bahan:
3 biji telur
1cawan gula
1cawan susu cair
1cawan minyak masak/minyak jagung
2cawan tepung gandum
1cawan serbuk koko
1sudu teh serbuk penaik
1sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan air suam

cara-cara:
1)putar telur bersama gula
2)apabila sudah kembang masukkan susu cair dan minyak secara perlahan-lahan
3)masukkan tepung,serbuk koko,soda bikarbonat dan serbuk penaik
4)masukkan air suam 
5)masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30 hingga 45 minit


cara membuat moist / topeng di atas kek
masukkan coklat masakan, mentega, susu pekat dan sedikit air ke dalam periuk dan kacau sehingga moist menjadi pekat.jika warna moist tidak berkilat tambah lagi mentega.

PERINGATAN
~Semasa tepung,serbuk koko dan lain-lain dimasukkan,(langkah 3) jangan putar terlalu lama kerana adunan anda akan menjadi mampat.
~ untuk menyediakan moist, tiada sukatan diperlukan kerana semuanya mengikut citarasa sendiri samada inginkan moist tebal atau nipis.

ini kek yang saya buat khas untuk teman-teman ukm semasa cuti yang lalu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...