Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

27.12.12

Rumput Dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

copied : IluvIslam.com

25.12.12

Aku kuat utk segala ujian ini ~

Allah, berat rasa ujian kali ni. kadang-kadang rasa tak mampu, tapi hati kena kuat. Insyaallah aku boleh. sekarang, perlu tambah lagi semangat sebab tak lama lagi nak exam. tesis perlu diteruskan. lepas tu, fizikal dan mental untuk pertandingan pantun tak lama lagi jugak kena siapkan. ujian bertambah bila nak exam ni, masih lagi tak sihat. batuk tak berkurang pun, malah rasa makin teruk. demam, kadang-kadang rasa ok, kadang-kadang rasa badan panas sangat, sampai menggigil even tak bukak kipas. Allah, kuatkan aku..  malam semalam, rasa sunyi, terus kemas kain baju pegi tido bilik madihah, niatnya nak duduk dalam 3 atau 4 hari. tapi tak boleh, sebab batuk aku teruk, kesian acik dengan rumet dia, tido mungkin terganggu sebab aku batuk sepanjang malam. dia cakap tak ganggu, tapi aku rasa aku mengganggu, so baikla aku balik bilik aku sendiri. semalam, kena paksa dengan timo pegi PK. memang sakit hati bila kena paksa buat benda yang aku tak suka. dari dulu aku tak pernah suka dengan klinik ! sampai nak menangis dalam kete semalam bila timo da belok masuk PK. nak tak nak kena jugak. but, thanks friend. 

pagi ni, baru je lepas call kakak ipar. aku selalu sebut, kakak ipar tiri. sebab dia isteri abang tiri aku. tapi mak cakap, tu bukan abang tiri, sebab walau mak aku dan mak dia tak sama, tapi bin/binti kami sama. kalau aku menikah nanti, abang tu yang akan jadi wali aku. hurmm tak faham.. aku pun tak tau kenapa aku call kakak ipar aku tu. saja rasa nak tanya khabar dan result PMR anak dia. padahal sebelum ni mana pernah aku call dia, messages pon tak pernah. dia kawin dengan abg masa aku kecik lagi. aku pun tak ingat hari kawin dorang tu. dengan abang pun tak rapat, jumpa pun paling kerap setahun 2 or 3 kali. tapi kenapa pulak tangan aku gatal nak call dia ari ni aku pun tak tau. sebenarnya segan dengan kakak, mungkin sebab tak pernah rapat, dan mungkin cara dia buat aku segan. yela dia ustazah, cara pakaian dia sejuk mata memandang. tapi dia baik. sangat-sangat. sebab dia baik sangatla aku segan.  teringat kata-kata dia tadi, 

"dik, sakit ni, Allah turunkan kat kita, untuk buat kita ingat dia, bukan mengeluh, sakit ni boleh gugur dosa-dosa kecil tau, bila kita sakit, kita ingat mati, bila kita ingat mati, dosa kita digugurkan Allah. sabar, banyak doa, Allah tak bagi ujian kalau kita tak mampu."

aku cuma diam. betul apa yang kakak cakap. dengan dia, memang aku banyak diam, tak tau nak cakap apa sebenarnya. dan bila dia tanya,
 "hati tu macam mana, marah lagi?"

 aku cuma diam.

" sampai bila nak marah macam ni?kadang-kadang kita kena belajar maafkan orang dan minta maaf dgn orang walaupun kita rasa kita tak bersalah, dik. mengalah bukan menunjukkan kita lemah, tapi tunjuk yang kita kuat. akak tak nak campur urusan peribadi adik, akak cuma orang luar, tapi akak rasa akak kena nasihatkan adik akak ni. walau macam mana pun, apa pun yang jadi, adik yang kena minta maaf. tak baik layankan sangat rasa marah tu, iblis tengah seronok tengok cucu cicit Adam berdendam, bermusuh macam ni. fikir baik-baik ye sayang. akak tak bermaksud nak singgung perasaan adik dengan kata-kata akak tadi. akak cuma nak tengok semua orang yang akak sayang baik-baik macam dulu."

dan aku cuma jawab nasihat panjang lebar dia satu ayat.
 "orang cuba. mekasih kak." 
aku tak tersinggung pun dia nak nasihat aku macam tu. dari dulu, dia memang suka bagi nasihat. sebab tu aku hormat dia. ye, aku kena belajar minta maaf dan maafkan orang. dah lama aku cuba. tapi hati aku sakit. sahabat aku cakap, sebab aku ego, aku degil dan keras kepala. mungkin. sekarang aku sedang belajar menghargai orang lain, termasuk mereka yang buat aku marah, ego dan degil sampai macam ni. Insyaallah, aku sedia untuk minta maaf dan maafkan mereka nanti.  


Terima Kasih Allah kerana masih kurniakan mereka utk menasihati aku tanpa jemu.

22.12.12

Bayu,berhembuslah ke Utara, katakan aku sangat rindu~

cuti ulangkaji semester ni, banyak bezanya. tak pulang ke rumah seperti semsester-semester lepas. selalunya, bila aku balik ke utara sana semasa cuti ulangkaji, mak akan buat majlis bacaan Yassin untuk aku. Allah, sebak rasanya sekarang. dan, lepas pulang dari kampung, setiap hari, mak akan telefon, pesan mak yang sudah kuhafal sejak dari semester 1, "jangan study sampai tak tido," "jangan makan maggi," "banyak2 minum air kosong tu," "sebelum masuk exam, jgn lupa baca selawat, doa, jawab tu jangan gopoh."  ayat ni akan keluar setiap kali mak telefon, tapi aku tak pernah jemu dengar. setiap butir kata mak seperti penawar bagi aku.

Rindunya aku pada mak, tak mampu nak ungkapkan macam mana. sayu tengok kawan2 kemas barang, usung beg balik kampung semalam. bahagianya kalian.. aku cuma cakap dalam hati. dan malam ni, hanya ada aku di blok ini. sungguh, dalam rasa sepi dan hati penuh rindu ini, buka buku pun langsung tak boleh baca apa. buka FB, ramai yang update status sedang berada di kampung. macam nak remove friend je sape yang buat status mcm tu. malam ni banyak kenangan dengan mak dan keluarga bermain kat fikiran. dulu, kalau balik rumah, mesti cakap "mak, susahla nak skor subjek ni, esaimen tu payah nak mati la" macam2 rungutan..aku pun tak tau kenapa aku bagitau mak pasal pelajaran aku, sedangkan, mak mana la tau pasal apa yang aku belajar ni. tapi mak jawab " mana ada benda senang dalam hidup ni, nak makan pun, kena ada usaha dulu sebelum nasi tu sampai kat perut, kena cari teman nasi, kena suap, lepas tu kunyah, baru boleh telan. dan aku kembali rasa tenang. habatnya insan yang melahirkan aku ni  :)

Rindu jugak kat adik aku, satu-satunya lelaki dalam keluarga. walaupun selalu bergaduh, dan pastinya dia yang menang, bila jauh lama tak jumpa, aku jadi sangat rindu. selalunya, bila balik kampung, mesti macam2 dia akan cerita dengan aku. pasal kawan2 dia, sebab, aku kenal semua kawan2 dia, pasal cikgu2 sekolah aku dulu, yang paling best, cerita pasal bola dan politik. part ni kami selalu bertekak. hehe. dia baru je habis STPM, harapnya, dia berjaya menjadi seorang mahasiswa nanti. aku ni, walau selalu cari gaduh ngan dia, tak pernah pun aku tak doakan dia.

Rindu pada kakak @ kak cik, selalu, kalau aku balik kampung, dia pun akan balik kampung jugak, sebab nak jumpa aku. tapi dia memang selalu balik, penang dengan kedah tak jauh mana pun.. perangai kami totally berbeza. dia perempuan melayu terakhir la jugak, tak macam aku, tapi, dengan dia aku yang dok cerita macam2, dia cuma dengar dan tanya sikit2. tapi, pasal sale sana sini dia akan ajak aku jadi geng dia.hehe..

Rindu kakak lagi sorang @ kak long. even kak long dah kawin, dia masih lagi ambik berat kat adik2 dia. dengan aku, selalu dia msg, dia col. aku je yang jarang nak contact dia..ada sebabnya.hmm..baru semalam dia msg, nak datang pesta penang tak? maila aku belanja. sayang kak long  ! hehe tapi aku tak boleh balik, kedah mahupun penang. maaf sangat, sebenarnya nak sangat pergi pesta, tahun lepas pun tak dapat pegi, bawak anak kak long, Adam jalan2, beli jajan..rindunya...

lagi satu, rindu kat anak buah kesayangan, Adib. kalau aku balik rumah, mesti dia nak berkepit je dengan aku sampai tak nak balik rumah dia. hehe. rindu nak dengar celoteh dia, dengar dia baca surah itu ini dengan pelatnya, dengar dia nyanyi lagu anak nabi kita dengan lawaknya, Allah, rasa macam nak balik sekarang jugak.

tapi, tak apa. aku boleh berdikari apa. aku kan gadis yang tabah (bak kata ulin) hehe...Insyaallah aku mampu kawal perasaan ni. aku boleh hidup dengan simpan semua rindu ni dalam hati. aku tak pernah lupa untuk mendoakan setiap ahli keluarga yang sangat aku sayang ni. hanya Allah  tahu, betapa aku aku sayang kalian..Insyaallah, bila kita bertemu nanti, aku akan luahkan segala rindu dan sejuta kemaafan buat kalian semua.


Rindu aku umpama ombak, tak pernah jemu menyapa pantai.

20.12.12

Kak Yong Pun Tumbang jugak !

15, 16 dan 17 Disember, aku ke Pulau pangkor, dijemput untuk menghadiri Festival Seni dan Lagu Rakyat Perak. beberapa ahri sebelum ke sana, aku dah sibuk dengan latihan drama puisi untuk buat persembahan kat sana. mungkin tak cukup tido bermingu-minggu, penat ulang alik sana sini, tekanan, dan aku dilanda demam..

waaa! aku paling takut bila demam, sebab, aku jarang demam, dan bila demam teruklah sikit. sampai pangkor dah petang, terus aku tido, sebab sangat tak larat. malam tu orang lain pegi dengar baca puisi kat pantai aku tak pegi sebab sangat tak berdaya. rugi... tengah malam tu, aku tak tau pukul berapa aku menggigil sangat. lepas kawan2 sapu minyak panas dan selimutkan, aku boleh tido balik. pagi esok tu, sebenarnya dah niat nak pegi majlis perasmian, siap dah gosok baju lagi ( orang gosokkan ;p), tapi pagi tu, memang tak boleh bangun. nak angkat kepala pun tak mampu. nak bukak mulut bercakap pun susah teramat. cuma angguk, geleng kepala bila kawan2 tanya. rasa nak menangis masa tu sebab nak cakap, bagitau dorang yang aku rasa apa tapi tak larat.

kalau sebelum ni, aku kak yong kepada bintang2 hati aku, aku jaga dorang, selalu bebel kat dorang kalau taknak rehat, selalu marah dorang kalau taknak makan ubat, kali ni kak yong dorang ni pon dah tumbang. lagi teruk daripada demam dorang yang selalu demam tu. hee..

tapi, terharu bila tiga orang adik aku ni, jaga aku lebih dari aku jaga dorang. Along dok ulang alik g basah tuala lapkan  muka, lap badan, Angah sanggup tak pergi majlis sebab nak jaga aku, sanggup berpanas dalam dorm sebab tak nak aku sejuk, ulang alik basahkan tuala tuam kepala, Acik, pergi ambik makanan kat dewan makan yang nala jauh tu, datang hantar pulak kat dorm, pegi beli ubat kat luar. dorang tak henti2 dok tanya, "Ayong, awak oke? "Ayong, rasa mcm mana sekarang?" "Risaula dgn awak ni Ayong." Allah saja yang balas budi kalian :")selalunya kalau dorang demam, sakit, aku akan membebel macam2, terutama dekat acik, sebab acik malas makan ubat ! hee..tapi sekarang aku pulak dok kena bebel dengan budak tiga orang ni. 

dulu, bekas cinta aku pernah cakap, aku lebih pentingkan kawan dari dia. opkos ! tu hakikatnya. awak, kalau baca ni, nampak kenapa saya sanggup bergaduh dengan awak dulu sebab nak luang masa dengan kawan-kawan? saya harap awak jugak, belajar hargai orang-orang sekeliling awak. jangan meninggi diri cakap yang tak ada kawan pun takpe asal ada cinta sejati setia. awak salah, percayala.

sekarang, dah balik UKM pun, demam masih belum sembuh sepenuhnya. badan panas lagi, batuk makin teruk. eh, terima kasih Arief belikan ubat batuk sangat pahit tu. terbaik bro. haha ! walaupun tak sihat sekarang ni, kena buat2 sihat sebab banyak esaimen terbengkalai. padan muka kerja bertangguh. hee ~

lagi seminggu nak exam, semoga mampu buat yang terbaik dari sebelum ni. Insyaallah :)
buat bintang2 hati, Along (Ayu) Angah (Yuna) dan Acik (Madihah), gud luck buat kalian. mari gigih bersama siapkan esaimen ! lalala


rasa cinta pada kalian :)





9.12.12

S.A.H.A.B.A.T




sebenarnya, aku la kot yang ntah apa-apa tu. kesian sape yang dapat kawan macam aku.
tapi, sahabat aku super duper terbaik !
mereka terima baik buruk aku
mereka selalu tegur silap aku
mereka selalu nasihat aku
mereka selalu faham aku
mereka selalu sokong aku
mereka tak suka tengok aku sedih
mereka tak lokek kongsi bahu
mereka tak jemu tadahkan telinga
mereka layan mulut becok aku
mereka gembira bila aku senang
mereka hulurkan tangan masa aku susah
mereka marah aku bila aku degil
tapi mereka pujuk bila aku merajuk
aku pulak, walaupun aku tak baik mana
tapi aku nak jadi sahabat terbaik mereka
macam mana mereka jadi sahabat aku
macam tu la aku nak jadi sahabat mereka 
sebab, aku sayang mereka !


7.12.12

RINDU~

DARA LANGKAT BERHATI GUNDAH,
TUJU KE PERAK BERWAJAH SENDU;
TATKALA DEKAT BERTIKAM LIDAH,
TERPISAH JARAK BARU MERINDU.

Rindunya. sejak awal semester hari tu, hampir setiap hari berjumpa. dan bila berjumpa macam-macam karenah, aku, sudah tentunya suka bertekak dan mencari pasal dengan mereka. kadang-kadang ada jugak rasa tersinggung, tapi tak lama, sebab aku tau, yang gurauan kasar, kutuk mengutuk seperti tu lah yang merapatkan kami selama ini. semalam, seperti kali terakhir kami berkumpul bersama, bergelak ketawa, bahagia seperti sebuah keluarga. lepas ni mungkin sekali lagi akan berjumpa, untuk post mortem dan lepas tu akan sibuk dengan hal masing-masing. 
dan hari ni rasa lain sangat bila meluangkan malam di bilik seorang diri. mungkin sebab setiap malam biasanya masa dihabiskan dengan latihan, jadi bila pertandingan selesai dan tiada latihan, rindu tu semakin buat aku sebak. Allah..
mungkin jugak, lepas ni aku tak akan aktif lagi dalam pantun tapi akan sentiasa ada untuk menyokong mereka yang lain. tapi yang pasti, rasa sayang untuk meninggalkan keluarga ni tetap ada. risau pun ada, dengan adik-adik nanti. harap mereka tabah bila diuji dengan kegagalan seperti yang selalu kami senior mereka alami. sebulan lagi, ada lagi pertandingan pantun antara IPTA, dan masa itulah baru mereka akan betul-betul rasa macam mana pertandingan pantun IPT. tak sama dengan pertandingan pantun rakyat dan pantun belia seperti sebelum ni. dan masa itulah, aku mahu menjadi pendokong kuat mereka, Insyaallah..

semalam, rasa macam nak titipkan pesan kepada adik-adik tersayang, Lulu, Efi, Shikin, Ainnur dan Munawar, yang ilmu apa pun yang kita dalami, akan terasa nikmatnya bila kita ada usaha sendiri mencarinya, bukan diberi. tapi aku pendamkan, taknak rosakkan suasana.

semalam jugak, rasa nak ucap terima kasih tidak terhingga kepada sifu paling senior, abang ijan dan abang wan, kerana dulunya sanggup beri tunjuk ajar walaupun ketika itu aku sangat dangkal fikiran. hanya Allah dapat membalas segala jasa. Insyaallah, ucapan ini akan aku luahkan nanti. 

rasa jugak, nak berterima kasih kepada saudara seperjuangan, Arief dan Azreen, kerana tidak pernah lokek berkongsi ilmu, memberi kata semangat tika aku jatuh, dan menjadi teman terbaik aku sepanjang  berada dalam keluarga ini. Ayu, Ain, Awwab, walau pun sudah tinggalkan pantun, tetap menyokong aku dan yang lain. korang terbaik :)

yang paling penting, Kak Ton  dan En. Lah, kerana  mereka antara orang yang membawa aku ke dalam keluarga ini. kalau dulu aku tak senang bila mendapat sms dari kak ton dan dan dipaksa En lah untuk berpantun, sekarang aku rasa menyesal sebab kali pertama diajak, aku menolak. Terima kasih :)

masalahnya sekarang, kenapa aku buat ayat macam nak berucap kat malam perpisahan? suka hati aku la blog aku! haha 


Rindu kalian semua !




30.11.12

Kerana Dirimu Begitu Berharga ~


Teringat satu peristiwa, ketika di dalam kelas, sementara menunggu waktu tutorial, pensyarah dan merangkap penyelia tesis aku bertanya " neeya, beri satu contoh mengenai peribahasa melayu"
dan terus aku jawab bagai bulan dipagar bintang. hehe
pensyarah aku tanya, maksudnya?
aku jawab
" maksudnya seorang perempuan yang sangat cantik, umpama bulan, dan ditambah dengan kelebihan-kelebihan lain seperti bintang yang menjadikannya bertambah cantik. tapi saya anggap diri saya pon bagai bulan dipagar bintang jugak, sebab, walaupun saya tak cantik, tapi saya ada banyak bintang-bintang di sekeliling saya yang buat hidup saya ni jadi cantik.mereka-mereka tu la bintang saya." aku tunjuk kepada kawan-kawan aku . hehe. 

hakikatnya, betul, aku memang selalu menganggap "mereka" sebagai bintang yang menceriakan hidup aku. bukan ingin membongkak, tapi jujur, aku rasa bertuah kerana dikurniakan bintang-bintang ini. 

Ayu,selalu ambik berat dan tak lokek nasihat :)
Yuna, selalu jadi reminder dan tempat luah rasa :)
Madihah, selalu pinjamkan bahu :)
Apih, sekepala dan suka buat aku ketawa :)
Tiey, teman yang selalu sebantal dan susah bersama :)
Intan @ Dodol, sama kepala gila tapi boleh faham jiwa :)
Timothy, banyak beza tapi selalu ajar aku jadi waras :P
Eyna, selalu dengar luahan jiwa :)
Ain,dia kakak dan sahabat yg selalu usaha buat aku gembira :)
Abg Wan, dia macam abg yang selalu layan otak mereng aku :)
Arief, dia sahabat yang selalu jadi kaunselor aku :)
Abg Ijan, dia juga macam abg yang selalu kongsi ilmu :)
Lulu, dia macam adik yang sewelnya lebih kurang aku :)

Ramainya bintang yang menceriakan aku ! ini anugerah Allah, kurniakan aku ukhuwah sebegini indah. Aku catitkan tentang mereka disini, kerana ingin ingatkan diri sendiri bahawa aku tidak patut berduka atau terus kecewa. kerana apa? kerana aku masih punya ramai mereka yang buat aku bahagia dan Kerana Dirimu Begitu Berharga ! :)
Ukhuwah till Jannah, Insyaallah...

Dan aku, sudah kesat air mata untuk terus bahagia !



25.11.12

ANDAI LELAKI TAHU ~


ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan susah untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

ANDAI LELAKI TAHU...

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda kelak.

#kopidanpastadaripagefacebook


24.11.12

Kisah Kau Aku


Kita bermula dari senyuman, kau senyum, aku senyum


Lama-lama jadi cinta


kau pernah kata kita macam Nobita Sizuka, saling terima seadanya


Dan aku mula rasa cinta itu indah seperti kisah cinderella


kita selalu pasang angan untuk ini. selalu kan...


juga idamkan bahagia seperti ini


namun hubungan kita ibarat air di laut


kadangkala pasang


ada ketika ia surut


lama-lama hati kita mula macam ni


Kau begitu


Dan Aku begini


mula-mula aku sedih terluka menangis


Tapi kecewa buat aku jadi kuat


dan sekarang aku mampu bahagia tanpa kau


aku seronok menjadi single

Dan jadi kuat macam powerpuff girl


Moga nanti bakal Adam hidupku datang mencari

Kisah Kau Aku tamat di sini


PENGHARGAAN: 

Kepada Pak Cik Google sebab sponsor gambar serba serbi :)


















19.11.12

Melangkahlah walau setapak cuma ~

Bismillahirrahmanirrahim...

bukan sehari aku berfikir untuk mengambil keputusan ini. berkali-kali aku fikir, aku congak, ambil kira semua risiko dan impak pada diri, lalu aku putuskan untuk teruskan pilihan aku ini.
Alhamdulillah, kawan-kawan seperti selalu, sentiasa menyokong aku. terima kasih kalian :)

tapi sejujurnya,
aku tak rasa bahagia dengan keputusan ini..hati masih lagi berbolak-balik, tapi suara hati seolah membisikkan, "bahagia itu pasti menyusul nanti"
aku percaya dengan gerak hati, lalu aku tersenyum sebelum melewati jalan yang aku pilih ini. kerana aku yakin, Yang atas sana pasti membuka jalan seluas-luasnya untuk aku melangkah. ya, walau langkah yang mahu aku lakukan ini tidak sebesar mana, namun mungkin satu langkah ini menjadi permulaan bagi langkah-langkah seterusnya nanti, in sha Allah.

Ya Allah, tetapkanlah niatku, kuatkanlah hatiku, permudahkan jalanku ini.
TERIMA KASIH TUHAN~

walau jatuh, rebah dan tersungkur, aku masih mahu bangkit dan terus melangkah.

15.11.12

TERENGGANU

cuti mid sem selama seminggu tapi tak balik ke kedah darul aman tercinta. sebab, aku ke terengganu darul iman selama tiga hari dua malam. 
kenapa tak balik kedah? SAJE.
kenapa pergi tranung? SAJE. 
tapi..
TERENGGANU AWESOME ! hee
Kampung Manir, Kuala Terengganu best sangat :)


oke, saje nak upload gambar, taknak tulis lagi. lalala ~





9.11.12

Aku Dan Mereka

Banyak kisah diluah.
banyak luka dikongsi.
dan banyak bahagia dicerita.
namun aku lupa, untuk bertanya kisah mereka, luka mereka dan bahagia mereka.

dan kerana itu,
aku simpan semuanya sendiri.
sedih, kecewa dan gembira, hati aku sendiri menyimpan.

aku tahu mereka gembira begini, dan aku juga gembira walau rasa kehilangan.
tapi aku semakin dapat menerima,
dalam hidup, kasih, sayang, cinta, konflik dan benci datang dan pergi.

lalu aku sedia menghadapi, 
bahawa aku bawa kisah aku, dan mereka bawa kisah mereka.
tidak ada lagi istilah "Kisah Bersama"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...