Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

15.6.12

Allah Pemilik Cinta

Sehebat mana cinta, Tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, Tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, Tatkala sampai masa yang ditentukanNya, Dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, Tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga "


aku terjumpa bait ini dalam sebuah blog seorang teman. patah kata ini ada benarnya. sehebat mana cinta, jika tiada jodoh, tak akan bersama. tapi kata seorang teman, kita juga harus berusaha untuk beroleh jodoh. ya. aku juga sedang berusaha. berusaha untk mengikhlaskan hati memaafkan dia yang dulunya seringkali namanya terungkap dalam setiap doaku supaya aku menjadi jodohnya hingga syurga. 

dan sekarang, sepertinya kami tidak berjodoh. tidak lagi bersama menyemai sayang, tidak lagi bersama menganyam impian untuk berkongsi hidup hingga hujung nyawa. sekarang, aku sendiri dan dia sendiri. saban hari juga aku mendengar kata maaf darinya. aku pekakkan telinga, aku butakan hati untuk menerima. kata teman rapatku, "kau terlalu berdendam." kata teman lain, "tingginya ego kau."  kata sahabatku, "jangan kerana satu kesalahan, kau terus membenci."

Demi Allah, aku tidak berdendam, tidak juga ingin menegakkan egoku apatah lagi ingin membenci. tapi, aku seperti penat untuk menjalin hubungan lagi. aku akui juga, aku masih berkecil hati dengannya. tapi, atas desakan seorang teman, aku kirimkan juga sms buatnya. aku katakan, saya maafkan awak. dia gembira. tetapi aku katakan juga, memaafkan tidak bermaksud saya akan kembali kepada awak. aku tahu dia terluka. biarlah..

Awak, kita hanya merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. anggap saja apa yang pernah kita rancang bersama dulu cuma angan-angan dalam mimpi. tak pernah ada. mungkin ada baiknya kita begini. awak bina hidup awak dan saya bina hidup saya sendiri. jika kita masih berjodoh, Allah akan temukan kita semula dengan caraNya. buat masa ini, cinta saya hanya milik Allah. saya doakan kesejahteraan awak dan semoga Allah kuatkan hati kita menerima apa yang terjadi. 

saya tahu mungkin hari ini awak belum baca entri ini, tapi jika esok atau lusa awak terbaca dan awak terluka, saya mohon maaf..


0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...