Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

7.6.12

TUHANKU~


Siapa yang pernah menjangkakan hidupnya di bumi Allah ini penuh liku. Penuh onak duri. Aku sendiri tidak pernah terbayang, malah tidak pernah terfikir yang semakin aku dewasa, semakin aku diuji dengan dugaan yang seolah tidak mampu aku pikul. Ya, adakala aku seperti menyalahkan takdir yang ditentukan terhadap aku. Namun, segera aku tersedar, bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu dipikul hambaNya. Dan aku juga yakin, Allah menguji hambaNya supaya mereka lebih dekat dan mengingatiNya, supaya duduk bersujud, mengadu padaNya.  
Aku sedar kesilapan diri, aku leka, alpa dengan dunia sehingga aku kadangkala melupakan tanggungjawab aku pada Maha Pencipta. Sekadar menunaikan yang wajib, tanpa ditambah atau ditampung dengan yang lain. Dan bila aku diuji, bila aku dalam kesusahan, baru aku mencari yang Esa.


aku memang selalu leka..

Ya Allah, aku mohon padaMu, berilah sedikit kekuatan kepadaku untuk menempuh dugaanMu ini, bantu aku untuk berpura-pura bahagia di hadapan mereka. Beri aku petunjuk untuk merungkai segala kekusutan ini. 
Demi orang-orang aku aku sayang di dunia ini, aku perlu kuat dan tidak sesekali aku tunjukkan kesedihan aku di hadapan mereka. Biarlah mereka mengenali aku, seorang yang ceria, seorang yang bahagia, seorang yang sentiasa buat orang lain ketawa dan seorang tabah. Tak akan biarkan mereka tahu isi hati aku sebenar, tak kan ku biar mereka tahu aku menagis.. Allah, bantu aku…


biarpun mata bengkak mcm ni aku akan tetap senyum..


aku terpaksa bahagia demi melihat kalian bahagia :")



0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...