Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

7.12.12

RINDU~

DARA LANGKAT BERHATI GUNDAH,
TUJU KE PERAK BERWAJAH SENDU;
TATKALA DEKAT BERTIKAM LIDAH,
TERPISAH JARAK BARU MERINDU.

Rindunya. sejak awal semester hari tu, hampir setiap hari berjumpa. dan bila berjumpa macam-macam karenah, aku, sudah tentunya suka bertekak dan mencari pasal dengan mereka. kadang-kadang ada jugak rasa tersinggung, tapi tak lama, sebab aku tau, yang gurauan kasar, kutuk mengutuk seperti tu lah yang merapatkan kami selama ini. semalam, seperti kali terakhir kami berkumpul bersama, bergelak ketawa, bahagia seperti sebuah keluarga. lepas ni mungkin sekali lagi akan berjumpa, untuk post mortem dan lepas tu akan sibuk dengan hal masing-masing. 
dan hari ni rasa lain sangat bila meluangkan malam di bilik seorang diri. mungkin sebab setiap malam biasanya masa dihabiskan dengan latihan, jadi bila pertandingan selesai dan tiada latihan, rindu tu semakin buat aku sebak. Allah..
mungkin jugak, lepas ni aku tak akan aktif lagi dalam pantun tapi akan sentiasa ada untuk menyokong mereka yang lain. tapi yang pasti, rasa sayang untuk meninggalkan keluarga ni tetap ada. risau pun ada, dengan adik-adik nanti. harap mereka tabah bila diuji dengan kegagalan seperti yang selalu kami senior mereka alami. sebulan lagi, ada lagi pertandingan pantun antara IPTA, dan masa itulah baru mereka akan betul-betul rasa macam mana pertandingan pantun IPT. tak sama dengan pertandingan pantun rakyat dan pantun belia seperti sebelum ni. dan masa itulah, aku mahu menjadi pendokong kuat mereka, Insyaallah..

semalam, rasa macam nak titipkan pesan kepada adik-adik tersayang, Lulu, Efi, Shikin, Ainnur dan Munawar, yang ilmu apa pun yang kita dalami, akan terasa nikmatnya bila kita ada usaha sendiri mencarinya, bukan diberi. tapi aku pendamkan, taknak rosakkan suasana.

semalam jugak, rasa nak ucap terima kasih tidak terhingga kepada sifu paling senior, abang ijan dan abang wan, kerana dulunya sanggup beri tunjuk ajar walaupun ketika itu aku sangat dangkal fikiran. hanya Allah dapat membalas segala jasa. Insyaallah, ucapan ini akan aku luahkan nanti. 

rasa jugak, nak berterima kasih kepada saudara seperjuangan, Arief dan Azreen, kerana tidak pernah lokek berkongsi ilmu, memberi kata semangat tika aku jatuh, dan menjadi teman terbaik aku sepanjang  berada dalam keluarga ini. Ayu, Ain, Awwab, walau pun sudah tinggalkan pantun, tetap menyokong aku dan yang lain. korang terbaik :)

yang paling penting, Kak Ton  dan En. Lah, kerana  mereka antara orang yang membawa aku ke dalam keluarga ini. kalau dulu aku tak senang bila mendapat sms dari kak ton dan dan dipaksa En lah untuk berpantun, sekarang aku rasa menyesal sebab kali pertama diajak, aku menolak. Terima kasih :)

masalahnya sekarang, kenapa aku buat ayat macam nak berucap kat malam perpisahan? suka hati aku la blog aku! haha 


Rindu kalian semua !




0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...