Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

24.12.13

Warkah untuk dia di sana

Assalamualaikum..Dengan Nama  Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

warkah ini sy tulis utk insan yang sudah tinggalkan saya .Dia di alam sana, mana mungkin dapat baca lagi..tapi biar sy luahkan..

22 Disember 2013. tarikh ini insyaallah sy akan ingat sampai bila-bila. tarikh ini awak tinggalkan saya. tanpa apa-apa petanda, awak pergi. awak, satu soalan je yg bermain dalam fikiran sy sekarang. kenapa sy langsung tak perasan perubahan awk sebelum ni..bila awk dah tak ada, baru sy perasan..Allah..

lepas sy balik dari konvo, beria awk apply cuti nak balik kedah jugak semata-mata nak bagi sy hadiah konvo sedangkan awk cakap nak simpan cuti utk hujung tahun..sy cuma diam bila awk cakap tak best hadiah konvo bagi lambat. dah takde mood graduan :")

sebelum awk masuk hospital hari tu, beria jugak awk nak balim kg lagi sekali. awk cakap rindu mak abah awk.walaupun cuma 2 hari dapat balik, awk balik jugak. dan masa ni sy marah awk sebab tak dtg jumpa sy. sy memang selalu marah awk kan..sekarang baru rasa yg sy ni teruk sgt..

21 Disember 2013, awk berborak dengan sy macam biasa, awk mengusik macam selalu, awk tanya khabar, awk tanya pasal kerja, awk dengar rungutan sy, awk tadah telinga dgr bebelan sy, awk nasihat sy macam-macam dan awk pesan pada sy macam-macam. esoknya sy dapat berita awk dah tak ada. sumpah masa tu sy langsung tak percaya. sy ingat awk cuma bergurau ! bodohnya saya kan..sy minta maaf tak dapat pergi tengok jenazah awk, sy minta maaf..

sy kuat kan awk..sy langsung tak menangis lepas tahu awak dah takda. langsung tak keluar air mata hari tu. cuma sy rasa mcm dalam mimpi. saya pergi kerja dengan keadaan macam orang bodoh, awak..tapi sy tak menangis. sy kuat masa tu kan..balik kerja, sy tgk facebook awak dah penuh dengan ucapan takziah. masa tu sy rasa mcm nak marah semua kwn awk yg tulis macam tu. sy hantar msg kat awk, dengan harapan awk akan balas msg sy dan cakap awk cuma bergurau. bodohnya sy masa tu..dan bila abg awk call, yakinkan sy yg awak memang dah tak ada, Allah, tak tahu nak ceritakan mcm mana sy rasa masa tu. kalau awk ada, mesti awk gelakkan sy mcm selalu dan cakap sy tak malu kan, sebab nangis mcm budak-budak. rindunya kena  usik dgn awak..

sekarang sy tak kuat lagi awk..sy memang tak kuat pun macam awk selalu cakap..sy asyik teringatkan awak, sy cuma duduk terperap dan baca msg2 awk, tengok gambar awk, hadiah awak..dan hadiah yg sy dah balut cantik-cantik utk birthday awak hari ni ! 24 Disember..birthday awak hari ni, Diy ! awk cakap, hujung tahun nak balik kedah, nak cuti panjang, nak bawak sy pegi mkn ABC gunung jerai yg awk cerita tu lepas tu celebrate birthday awk..tapi sekarang, sy faham, inilah cuti panjang awk, sayang. cuti hujung tahun awk yg panjang.Allahuakbar..


masa awk tulis status ni, awak rasa apa?kenapa awk tak bagitau sy masa ni apa awk rasa?


Muhamad Rusdi Bin Shamshudin, selamat hari lahir, semoga awak tenang di sana. Insyaallah, semoga Alah sampaikan hadiah hari lahir awak yg saya kirimkan. insyaallah, selalu sy akan kirimkan...terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari kebahagiaan sy walaupun dalam tempoh yg singkat. Atas nama Allah, sy sudah maafkan semua salah awk pada sy, dan semoga awak juga dah maafkan semua salah sy sebelum awk pergi.. :")


                                                                                                                  salam rindu,
                                                                                                                  NURUL HUSNIYAH ALI


3.12.13

Rindu Pada Bintang

Malam ni langit sunyi tak bercahaya. Bintang merajuk agaknya. Sebab tu siang malam langit menangis, sampai bertakung air mata kat bumi. Tapi dalam tangis pilu langit, ada bayu yang mendamaikan, kadang-kadang ada redup yang menyamankan. Itu tandanya langit sedang rindukan bintang-bintang penyerinya. Kata langit, “bintang-bintang hati, muncullah dan kongsilah sinar kalian,kita sama-sama serikan malam,supaya insan-insan yang sedang berduka lara dibumi sana terubat hati mereka.”

* BINTANG-BINTANG HATI, SAYA RINDU KALIAN !

24.9.13

Clorox Boleh Bersihkan Titik Hitam?

Emosi masih tidak stabil. masih dihantui kata-kata yang menyakitkan hati dan telinga. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa perlu ucapkan terima kasih pada dia. Terima kasih kerana mengingatkan aku. Terima kasih kerana buat aku kembali merenung segala dosa yang aku lakukan dulu. Satu persatu aku ingat kembali. Menangis? Untuk apa? Menyesal? Ya, Terlalu ! Malu? Sangat ! rasa seperti mahu sorokkan muka di tempat yang orang lain tak akan jumpa. 

Teringat satu petikan ayat seorang sahabat di FB. “setiap kali melakukan kejahatan, akan timbul satu titik hitam pada hati.” Subhanallah. Jadi bagaimana rupanya hati aku sekarang? Sudah gelapkah dengan titik hitam? Sudah berapa banyak agaknya titik hitam yang ada? Masih adakah ruang untuk aku putihkan semula?kalaulah untuk menyucikan hati yang hitam itu semudah melunturkan kotoran di baju..

Tapi, Allah Maha Pengampun bukan? dan Allah juga yang membolak-balikkan hati manusia. tetapi Ya Rabb, aku mohon jangan balikkan hati aku ke arah lalu lagi. jangan kembalikan aku ke dunia sia-sia itu semula. Amin :")


"Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu..."


23.9.13

Kalau Aku Boleh Padam Semua Kisah Silam !

rasanya dah lama tak menconteng kat halaman ungu kesayangan ni. dan sebenarnya, aku akan cari blog ungu ni kalau betul-betul rasa nak cakap sesuatu. sekarang kat kampung, line internet sgt slow. eh, bukan slow dah.memang takdak la kalau kabel ke curik tu..haihh..

minggu ni berjalan dengan rasa yg sangat tertekan. tak macam dua bulan sebelum ni yg sangat indah berkuak lentang kat rumah dengan rasa tenang. tertekan sebab rupanya ada lagi spesis manusia yang suka buat onar bila tengok orang lain senang. aku tak marah untuk kali ni. biarlaa..masing-masing ada mulut, cakap apa saja.kadangkala, berdiam tu lebih baik..mungkin..aku tak marah, sebab tu aku diam, tapi sebenarnya sangat sedih dan terkilan..kenapa perlu ungkit semua cerita lama aku semata-mata untuk buat aku marah? sorry brother, nampak sangat kau tak matang langsung !

ya, apa kau cakap semua betul. memang aku dulu tak sebaik sekarang. ohh untuk makluman kau, sekarang pun aku tak baik mana. tapi alhamdulillah, berubah satu langkah daripada dulu. tapi langsung tak pernah aku mengaku atau mendabik dada bahawa aku sudah menjadi baik ! dan aku pelik bila kau cakap aku cuma hipokrit dan berlagak baik depan orang-orang yang tak kenal aku yang dulu.  demi Allah, aku tak pernah rasa nak tunjuk baik. sebab aku langsung tak rasa yang aku baik. 

dan aku terkedu bila kau cakap status-status aku kat FB sana macam orang baik, macam perempuan solehah semata-mata nak tutup siapa aku yang sebenar. sampai macam tu kau label aku rupanya? sedihnya aku cuma Tuhan yang tau. aku tak sedih pun dengan kata-kata kau. tapi aku sedih sebab penghinaan tu keluar dari mulut kau ! orang yang sangat aku percaya dulu. orang yang paling dekat dengan aku. orang yang pejam mata tengok khilaf aku dulu. dan sekarang kau yang dengan megahnya nak keji aku? sedangkan kau lupa apa yang kau buat ni dah buka pekung kat dada kau sendiri. think.

kau tahu, kalau aku mampu padam semua kisah silam aku dulu, aku dah buat. bukan untuk tunjukkan yg aku baik, tapi untuk elakkan dihina serendahnya oleh orang yg macam kau ! kalau aku boleh betulkan semua silap aku dulu, aku dah buat. bukan untuk jadi solehah di mata orang, tapi untuk ajak orang lain buat kebaikan tanpa dilabel hipokrit ! tapi aku tak mampu dan sekarang, aku hamparkan seluas-luas peluang dan ruang, untuk kau ungkit, keji dan nilai lagi kisah-kisah silam aku. silakan.


21.6.13

Kisah Kasih Part III

Bismillahirahmanirahim..

alhamdulillah..baru selesai exam terakhir bersama kosmate. sy ada lg 2 paper, tp ini paper major terakhir..lepas exam tadi sempat berkumpul dan bersalaman berpelukan buat kali terakhir sebelum masing2 tinggalkan ukm tercinta :")

rasanya tak pernah sy menulis tentang rakan kelas, melainkan dalam surat rahsia saya semasa family day hari tu.
saya akui pelajar lelaki kelas kita berlainan sedikit daripada kelas2 lain. kurang nakalnya, malah dalam kelas pun diam je..Mizi, nanti kawin jgn lupa jemput, tak akan lupa tarian hindustan kau, Teh, selalu tak sekepala tapi akhir2 ni ada gunakan poket aku utk simpan rahsia hati kau kn :P,Sayut, antara org yg aku cukup kagumi ilmunya. aku doakan kau berjaya dgn apa yg kau minati sekarang. Zali, dulu masa tahun 1 pernah jd kaunselor aku, terima kasih :) iwan, dulu kita pernah rapat..pernah bagi aku coklat yg comel. terima kasih..cuma masuk final year ni mcm ada satu jurang. tak mengapa, asalkan kita tak bergaduh..ekhsan, u paling vouge.aku suka cara kamu yg konfiden dan positif dalam semua perkara. jgn pernah rasa disisihkan, sebab aku dan kawan lain memang tak pernah sisihkan kamu. dan hafiz..kawan lelaki yang paling rapat.dari tahun 1..masuk je kelas terus rasa boleh kamceng, lepas tu jadi cikgu aku ajar kecek klate..ingat tak kita kena marah dengan pak arab kat ptsl sebab gelak kuat?haha..pih, mcm aku cakap hari tu, apa pun jadi, kau tetap kawan aku.tetap bro aku. peribadi dan persahabatan perkara berbeza. minta maaf sebab teremosi dan marah kau hari tu. keep in touch oke..

pelajar perempuan yang macam banyak geng, hehe..fairuz dan pijah, jaga diri baik2, dulu masa tahun 1 n 2 selalu lepak bilik korang masa nak exam kan..tankz tau..bai, idayu, kita jarang bercakap tapi selalu kena usik dgn aku.sorry.. :) tikah, sarah,huda..jujur aku respect dgn anda. semoga terus berjaya ya..husna dan dalilah, dalam kelas antara orang yg rajin tegur dan bergurau dgn aku. dila, ingat tak masa ist year kita ada sikit krisis, sebab jadi satu group dlm kelas dr mawar..aku anggap tu proses kita saling kenal cara masing2.yela  sem 1 kan masa tu :) nik dan wani..rakan seperjuangan sy dalam meneliti manuskrip..maafkan aku kalau ada tercicir maklumat kat mana2 sepanjang kita siapkan tesis, wani, kuatkan semangat ya. mai dan ani, aku suka tgk persahabatan korang, comel je..hehe maafkan jugak kalau ada salah silap..ros..aku mintak maaf sebab lepas naik tahun 3 ni, aku dah jarang dgn kau.sampai kita dah renggang. tak mcm dulu2. byk kenangan dgn kau..igt tak kita pernah terkandas kat kajang, kena kejar org gila lepas tu lari menyorok dlm surau tengah2 malam..sumpah aku takut pegi kajang lagi lepas tu.haha..tankz ye sebab pernah pinjamkan telinga utk aku luahkan rasa dulu..aku doakan kau bahagia dgn apa yg kau pilih sekarang.chewah.hehe.. dan buat suhaila..terima kasih jgk sebab pernah cipta kenangan bersama dan sudi jadi pantunmate aku.ehh ada ke perkataan tu?hee..ulin pon..sorry sebab paksa masuk pantun ngan aku..hehe paling seronok masa berlatih pantun ngan korang.asyik gelak je..haha..dulu masa kita satu pusat tusyen kat tengku mahmud, aku selalu pinjam pensel warna hang masa nak lukis graf kan..xsangka jadi kosmet kat sini.hehe insyallah jumpa nanti baq hang.hehe..dan paling istimewa 3 orang bintang hati saya, yuna, madi dan ayu. terima kasih utk semuanya. tu je boleh cakap..sbb kalau cakap banyak mungkin entri ni boleh dijilid..haha 

dan sebenarnya saya tak pernah lupa 3 lagi rakan kita yang tak berpeluang menghabiskan perjuangan bersama. ilmiah, suha dan alia. mari kita doakan kejayaan mereka, kalau bukan dengan dalam ukm ini, mungkin berjaya dengan cara lain..masih terkilan kerana  xdapat bawa sahabat sy, alia utk terus bersama kita  sampai hari ini..

insyaallah nanti kita jumpa lagi di depan dectar berjubah hijau dan bertopi 4 segi. doakan kejayaan sy jugak.walaupun kita tak rapat dari mula dulu, tapi sy bersyukur kita tamatkan pengajian kita di sini dgn satu ikatan yang kuat dan penuh kasih sahabat. sayang kalian semua :)

wassalam




Kisah Kasih Part II

cerita tentang kasih keluarga di ukm belum tamat. dan ini pula cerita tentang keluarga yang kedua sy. keluarga pantun. jujur, saya rasa sangat bertuah diberi peluang berada dalam keluarga ini. keluarga yang penuh dengan kisah pahit manis bersama.

Kak Ton, kadang2 saya panggil mama ton, kadang2 ibu, suka hati je panggil.hehe..dulu masa 1st year kak ton ada msg ajak datang meeting pantun, tapi taknak. minat sebenarnya masa tu, cuma malu sebab sangat tak pandai. tak pernah langsung berpantun sebelum masuk ukm. tahun 2 baru join lepas sekali lagi kak ton msg..takut ngan kak ton dulu, kak ton macam garang, tp lama2 faham sendiri, kak ton mulut je kdg2 pedas, tp hati baik. terima kasih kak ton, matangkan neeya dgn kritikan dan teguran kak ton..ingat lagi, masa pertama kali masuk bestari, masa tu tgh berlatih kat bilik,kak ton cabar neeya utk dapat pemantun terbaik. dan esoknya neeya dapat jd pemantun terbaik utk pertama kalinya. lepas ni akan rindukan kak ton, akan rindu nak pegi tido rumah kak ton dan main masak-masak lagi.halalkan semuanya ye mama ton :")

Dr Zubir, Dr org pertama yg bawak sy masuk dalam bidang pantun ni..ingat lagi, dulu masuk pantun wakil kelas sebab kena ugut potong markah..lepas tu dr bwk pulak jd pemantun kpm dan seterusnya saya sampai ke tahap ni..bila dah tahun 3, dr bising jgk sebab sy sibuk dgn pantun, sampai lambat hantar kerja, tp dalam membebel , dr tetap semak pantun sy, amek tahu pasal pertandingan dan mcm2..masa bestari hari tu, kalah dengan uia sebab salah sendiri, balik bilik terus msg dr. dan dr bagi kata2 semangat..malam final, tetap dtg tgk walaupun kami xmasuk final..dr cakap, "kan sy dah janji nak dtg tgk korg masa final" terharunya sy masa tu..terima kasih ye dr utk semuanya.. akan ingat kata2 yg selalu dr bagi, "di persimpangan yg indah-indah, di situlah membawa faedah" p/s: jgn minum ais byk sgt ye :P

Che Lah..juga banyak menyokong sy dalam bidang ni. ingat lagi che lah ckp dulu, "kalau neeya xjoin pantun ni, sape yang nak wakilkan pusat bahasa?yg ada sekarang semua bdk2 kos lain, bdk2 sains.." dan sebab tu jgk sy bertahan dalam bidang ni. masa menang pantun ukm tahun 1 dulu esoknya ada tutorial che lah dan bila sy masuk kelas, che lah minta kawan2 kelas beri tepukan kat saya..hehe terima kasih che lah.halalkan semua ilmu :)

Abg Ijan..antara orang yg paling sy hormati dan kagumi ilmunya. dulu ingatkan abg ijan ni sombong, lepas kenal, tahu yg abg ijan baik sgt dan jiwa tangkap leleh..hehe..minta maaf sebab selalu lawan cakap abg ijan, kdg2 abg ijan carut neeya, neeya carut abg ijan balik..hehe..tankz jgk sbb tunaikan permintaan neeya nak makan kek tiramisu semalam..abg ijan mmg abg yang baik, amek berat pasal adik2, tp jeles sebab abg ijan syg arief lebih..ngee :P halalkan ilmu jgk ye abg ijan..

Abg Wan..ni la abg sy yg paling sporting..cool je.lepas integrasi yg pertama dulu, terus rapat dgn abg wan.selalu ikut abg wan keluar, pegi pasar, shopping..hehe..minta maaf sebab dlulu abg wan selalu jadi mangsa cemburu orang tu.. =.=" tankz jugak sebab selalu layan otak tak betul neeya ni, sanggup bawak neeya g lepak kat pantai bagan lalang malam2 sebab tgh tension. tankz jgk sbb selalu bawak pegi makan pegi jln2, pegi lepak dan selalu jgk bg nasihat pasal masa depan.. :)

Awwab dan Ayu, dua orang ni dulu pernah satu team dgn aku. ayu masa integrasi, awwab masa bestari. sgt best dgn korg..rilex je..haha lepas korang da xjoin pantun, mcm renggang sikit, tp semalam dpt jumpa balik dan aku rasa kita tetap sama mcm dulu..keep in touch ye :)

Azreen, teman sepantun yg sgt aku sayang. dulu tak rapat, tapi masa integrasi hari tu, sebulan lebih duduk bersama.susah senang sama2, dan terus jadi rapat. pernah menangis bersama, selalu bicara hati ke hati bersama..kenangan dgn kau tak akan aku lupa..tiga pertandingan aku team ngan kau, sangat best. aku selalu gelakkan pantun kau dan kdg2 kau plak gelakkan pantun aku kalau time kita sama2 bengong xde idea..haha..tankz sbb jadi sahabat terbaik aku :)

Arief Othman, juga teman sepantun aku yg terbaik. org yg paling selalu bergaduh, kutuk2 tp lepas tu baik balik. tankz sbb tak lokek kongsi ilmu..kalau buat pantun, mesti akan bagi kau tgk dulu lepas tu kau ubah sikit, aku alter sikit dan jadilah pantun bersama. hehe..terima kasih jgk sbb selalu jadi kaunselor aku dan suka bagi nasihat semua. satu benda aku perasan, aku susah nak dapat sorokkan apa2 dari kau. lama2 mesti kau akan tahu jgk. hee..terima kasih utk semuanya..semoga kita terus jadi sahabat..

utk adik2, ainur syikin, lulu dan efi..minta maaf sebab pernah marah korang. marah tanda sayang kan...syikin, lepas ni suka la kan xde org buli lagi..haha akak main2 je semua tu, mmg cara akak mcm ni.ainur, letopp! haha.ainur ada potensi, syikin pun, jgn sia-siakan..igt semua yg akak pesan dulu..kenangan dgn korg masa kat buzen dulu sgt best..lulu, efi, jgn takut utk gali ilmu yg kita minat.nanti akan nampak manfaatnya..gud luck utk semuanya :)

ahli kelaurga lain yang xdisebut, maaf, mungkin perkenalan kita tak seakrab mana, tapi kasa kalian sgt sy hargai. insyaallah sy tak akan lupa satu persatu wajah kalian. abg adham, abg pijon, abg firdaus, terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman. anda semua sangat hebat !

keluarga pantun saya, maafkan semua kesalahan. mungkin nanti ada ahli baru yg akan masuk, tapi harapnya nama sy tak akan dilupakan sebagai salah seorang ahli keluarga ni :)


20.6.13

Kisah Kasih

Dengan Nama Allah yg lagi Pemurah lagi Penyayang.

20 jun 2013. bermakna lagi tujuh hari aku di bumi ukm ini. dan teringin utk titipkan satu kisah tentang kasih. tentang keluarga aku di sini.

keluarga.

Along, angah, acik, tiga tahun bersama kalian adalah antara detik terindah dalam hidup saya. terima kasih untuk semuanya. terlalu banyak utk diungkapkan untuk terima kasih itu. mungkin kalian perasan, beberapa hari ni, saya sedikit beremosi. macam hilang mood utk bercakap. saya minta maaf..sy sebenarnya cuba utk hilangkan sedih untuk perpisahan kita nanti. semakin hampir hari berpisah, rasa seperti semakin cepat putaran detik jam..

buat Siti Rohayu Draman. along, along adalah kakak yg sangat baik. paling matang antara kita semua.terima kasih sebab selalu amek berat pasal ayong dan selalu bagi nasihat. minta maaf sebab banyak menyusahkan along, banyak sakitkan hati along dan banyak buat along terasa. dan pernah buat along menangis kan..nanti praktikal sorang2 kat sini jaga diri baik-baik, tp jgn baik sgt dengan orang, nanti orang pijak kepala kita. ayong pesan mcm ni sebab along selalu baik sangat dgn orang . i love u :)

untuk Nor Wahyuna Ramli, awk pendengar terbaik, angah. terima kasih. awak antara orang yang paling cepat perasan perubahan riak muka saya. sedih ke marah ke, paling sy tak lupa, awak boleh nampak air mata saya walaupun masa tu sy tak menangis, cuma tengah tahan nak menangis, dan awak diam-diam bg mesej, "i can see ur tears" tankz angah. sayang awak sangat2.dan sebab sayangkan awakla, saya sgt marah bila tau ada orang lukakan hati awak. sy tak suka tgk awk menangis, lemah macam hari tu. be strong oke..ingat semua pesan sy.hidup ni jgn terlalu terbawa-bawa kasih manusia yg belum tentu ikhlas. maafkan sy sebab dah banyak buat awak susah. hari ni pun saya susahkan awak lg kan.. :") tak tau nak cakap mcm mana. terima kasih terima kasih terima kasih..

Acik Nor Madihah Abd Rahman, org yg paling sama senget dgn sy. selalu jadi rumet sy. minta maaf sebab selalu marah awak kalau awak malas makan ubat. sy marah sebab sayang..sy takkan lupa masa sy batuk teruk dulu, awk sanggup naik bas dtg bilik sy dan paksa sy pergi klinik. terima kasih sebab selalu ingatkan saya pasal solat. alhamdulillah, sedikit demi sedikit sy berubah ke arah lebih baik.doakan sy ye..sy minta maaf..pasal dulu..ada sesuatu yg pernah berlaku antara kita..sampai sy tak benarkan awk panggil sy ayong..sy tak pernah lupa..sy minta maaf sgt2..sayang awak jugak..

dan buat insan baru dalam hidup akak, Siti Hanisah Mokhamat.terima kasih sebab jadi adik akak yang selalu ada dgn akak susah senang..baru sem ni kita rapat, tapi akak sayangkan nisa sangat2..nanti akak takde jaga diri k..jgn sedih2, akak selalu ada untuk nisa. nanti akak pesan kat nawar ngn mizar suruh tengokkan nisa.hehe..akak mintak maaf jugak kalau ada buat salah atau lukakan hati nisa sepanjang kita kenal. lepas ni kena lagi kental, akak da takde nak backup nisa..pandai2 berdikari tau. i love u..

along, angah, acik, nisa, minta maaf sebab luahkan semua kat sini. rasanya tak mampu nak ucapkan macam ni bila berdepan, nanti menangis..ssaya sangat sayangkan kamu semua, sampai bila2 kamu adik beradik saya. jangan lupa satu pon kenangan kita semua. kalau satu hari nanti kamu semua dah lupakan sy atau tak sayang sy lagi, insyaallah sy tetap nak sayang kamu semua..

# di sini jua memori tercipta, kenangan bersama tiada ku lupa ~

8.5.13

Kaca Mata.

kali ini gadis ini ingin bercerita pula tentang kaca matanya. kaca mata yang begitu penting dalam hidupnya sepanjang hidup di bumi ukm ini. menurut yang diceritakan, begini mulanya.

aku mendapat kaca mata itu pada tahun kedua menjadi warga ukm. aku sayang kaca mata tu. sangat sayang..semenjak itu aku dan kaca mata menjadi akrab. selalu bersama. kaca mata itu, sangat istimewa, selalu menjadi tempat aku meluahkan rasa sedih sehingga adakala tersesak menangis di bahunya, sering juga menjadi tempat aku meluahkan rasa marah dan menghamburkan sakit hati.walau marah dan sakit hati tu untuk orang lain, kaca mata tetap rela menjadi pendengar.katanya, biar aku ledakkan kemarahan padanya, bukan orang lain yang sepatutnya. kaca mata itu juga paling memahami aku,tengok riak wajah aku saja, dia sudah tahu aku sedang menghadapi masalah, sedih atau sedang tertekan. dia selalu bertanya tanpa perlu aku mula bercerita. jarang sekali kaca mata itu melukakan. dia sahabat dan teman yang baik.


kaca mata ini yang si gadis sayang


mungkin tertulis, yang kaca mata aku akhirnya diambil orang. malah, dia tidak ambil dan terus hilangkan, dia ambil tetapi selalu saja memakainya di depan mata aku. sering juga seperti ingin tunjukkan padaku bahawa dia sekarang memiliki kaca mata yang dulunya aku pakai. aku tidak peduli tentang orang yang mengambil kamu wahai kaca mata. tetapi aku kecewa kerana kamu juga terus leka bersama pemakai baru sehingga lupa aku yang dulunya saban hari menggilap kamu bersih-bersih. sedihnya, permukaan kaca kamu semakin kabur sehingga tidak nampak lagi riak sedih, marah atau gembira aku. kabur sekaburnya.

dan sekarang, aku pula larikan diri jauh-jauh dari kaca mata sahabat aku. bukan kerana tidak suka atau benci, tetapi aku ingin biarkan kamu terus gembira bersama pemakai baru itu. kamu faham bukan, marah macam mana aku, susah untuk aku membenci orang, lagi pula yang pernah dekat dengan aku. terima kasih juga wahai kaca mata istimewa, kerana pernah menjadi penyuluh aku ketika kabur, pernah menjadi pelindung aku bila takut dan paling tak akan aku lupa, kamu sering menjadi tempat aku melindungkan mata merah berair bila menangis. sekarang, tersesak macam mana pun aku, aku perlu tunjukkan kesannya, tidak lagi berselindung di balik kaca mata istimewa itu lagi :)

maafkan juga aku, andai sepanjang menjadi pemakai kamu, aku pernah mencalarkan cermin atau merosakkan bingkai kamu.



kaca mata gadis sudah tiada. tinggal kenangan bersama saja :)


p/s: tamat kisah kaca mata dan seorang gadis. dan gadis itu pesan, selepas ini jangan tulis lagi kisah mengenai  kaca matanya di mana-mana lembar atau halaman. kalau teringat, tulis sahaja di pasir pantai, biar nantinya terhapus dihempas ombak.

18.4.13

Insan Baru ~

pernah cakap dulu..kalau nanti ada insan lain yang ingin masuk ke dalam rumah ukhuwah aku, aku akan buka pintu seluasnya, asalkan dia punya rasa ikhlas untuk menjalin hubungan. alhamdulillah, aku punya seorang insan baru yang mewarnai dan menambahkan rencah perisa dalam ukhuwah. aku sudah lama mengenalinya, tapi baru sebulan dua ini menjadi rapat. sebelum ini, bercakap jika ada urusan sahaja. selepas kami akrab, baru aku kenal hati budi dia, baik buruk dia, kadang-kadang selalu buat aku tersentuh hati, tapi aku tak tunjukkan, saje buat muka tak ada perasaan. 

setiap kali dia pergi pasar malam, dia akan sms, "kakak teringin nak makan pape x? nisa kat pasar ni." semalam, aku bagitau dia yang aku demam, nak balik, tak dapat temankan dia dan yang lain berlatih sketsa. dia cuma diam. tapi lepas tu dia sms, "jap lagi nisa g tido bilik akak, nisa temankan akak." masa tu aku dengan pensyarah dan sorang kawan sedang makan kat luar, bila aku balik, dia dah tunggu kat depan blok asrama. dalam gelap dan pastinya bernyamuk. tersentuh masa tu, tapi buat biasa.

aku selalu kutuk-kutuk dia, buat-buat rimas kalau dia ada, sengaja ingin mengusik, tapi sebenarnya dalam hati, selalu cakap "sayang adik aku ni." sahabat aku ada cakap, budak ni mengingatkan dia pada seseorang. sebenarnya dah lama aku perasan, dia seperti seseorang yang pernah mewarnai hidup aku dulu. tapi dulu, sekarang insan tu semakin jauh, mungkin sudah lupakan orang yang pernah dia anggap kakak dulu. tapi aku faham, inilah namanya hidup. ada yang datang dan pergi. dan sahabat aku cakap, "neeya, kau dapat yang lagi baik dari yang pergi tu." betul, bila ada seorang yang tinggalkan kita, sebenarnya nanti Allah kurniakan ramai lagi insan yang lebih baik untuk menggantikan.

sekarang, ada jugak bunyi-bunyi bila aku rapat dengan dia. cemburu tu bukan kot, cuma mungkin tak senang lihat orang lain gembira. dan sebenarnya ada seseorang yang cemburu, terang-terangan dia cakap dia cemburu. dan aku cuma cakap "dik, rapat lelaki dgn perempuan dan perempuan dgn perempuan lain, dgn kamu pun akak rapat jugak tapi takkan nak sama caranya kan.." 

aku titipkan kisah ini bukan untuk sesiapa, bukan nak menyanjung sesiapa, tapi untuk menjadi warkah aku nanti. bila nanti, andai kami terpisah, jika aku tinggal seorang diri nanti, aku akan baca kisah-kisah dalam halaman ungu ini, biar aku kenang dan tak lupa insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku. dan sebab itulah, banyak kisah mengenai insan lain yang aku ceritakan dalam blog ini. bila aku ceritakan mengenai mereka dalam blog kesayangan ini, bermakna mereka adalah insan yang penting dan sangat aku hargai :)

sekarang, bertambah satu warna lagi :)

21.3.13

kisah dongeng seorang gadis.

kisahnya begini.
gadis itu sebenarnya sudah lama memendam rasa. tapi demi melihat senyum bahagia insan-insan yang penting dalam hidupnya, dia paksakan diri melupakan semua perasaan sedih, kecil hati, marah dan sebagainya itu. dia selalu nampak ceria, selalu pot pet sana sini, selalu jugak terbahak-bahak ketawa sehingga orang sekelilingnya menganggap dia selalu tiada apa-apa. selalu ok. ya. memang dia ok. =)

tapi, mungkin disebabkan terlalu banyak tiada apa-apa itu dihimpunkan, maka hati cekal itu sudah menjadi apa-apa. sudah pandai terasa sana sini, sudah tahu terkecil itu ini. dah la sensitif, tak pandai sorok pulak macam sebelum ni. lalu dalam ramai-ramai kenalan, ada seorang perasan. "ton,(bukan nama sebenar)sekarang ni ton dah berubah jadi sensitipla..." kata usin (bukan juga nama sebenar).

lalu gadis tu pun seperti baru tersedar, kenapa sekarang ni dia selalu saja rasa terkilan, kecil hati sedangkan sebelum ini tidak? dan gadis itu punya jawapan, dia sekarang sensitif kerana orang-orang sekelilingnya yang menjadikannya begitu. dia bukan ingin menuding jari kepada orang lain, tidak sama sekali, tetapi dia juga sedar ada perubahan pada diri mereka semua. gadis itu tidak pernah mengharapkan dia disanjung tinggi atau ditatang molek-molek, tidak. cuma dia inginkan ada ikhlas dalam hati mereka. bukan pura-pura, bukan dalam terpaksa. tapi, gadis itu teringatkan kata seorang sahabatnya, "kita kena sentiasa berlapang dada, turunkan ego, belajar memaafkan,biar orang buat kita, jangan kita buat orang". lalu gadis itu kesat air mata dan terus ukir senyum setulusnya.

sekarang, kisah belum tamat, gadis itu sedang cuba melupakan semua luka, dia cuba juga hilangkan parut yang ada. tapi juga, dia sebenarnya sudah penat mengharapkan apa-apa dari mereka, biarlah dia saja yang setia menebar rasa kasih buat mereka meski terpaksa menjeruk rasa. dia sudah letih menegakkan rumah seorang diri sedang yang lain tidak peduli tiangnya bergoncang, sekah, atau mahu tumbang. tidak mengapa, gadis itu sekarang ingin menghuni rumah seorang diri, tegak tumbang rumahnya, dia sendiri betulkan. tapi gadis itu bertekad dalam hati, andai nanti, ada penghuni baru ingin mendiami, dia akan buka pintu dengan senang hati, tetapi syaratnya, semua penghuni harus ikhlas dalam mengasihi, tidak berpura dalam menyayangi dan tidak punya belati tajam untuk menikam sesama sendiri. 

kisah tidak akan tamat, dan andai kisah ini tamat nanti, semoga ia tamat dengan pengakhiran yang bahagia. insyaallah..

Dia ingin rumah seperti ini, walaupun tampak tak sempurna, tapi masih kukuh meski pasak dihempas ombak.



13.3.13

Persahabatan.

keliru. itu yang aku rasa sekarang. sebelum ini, langsung aku tidak pernah terfikir tentang perkara ini. langsung tidak menjangkakan masalah ini akan berlaku setelah ranapnya salah satu tiang rumah kami. sekarang bergoncang pula satu tiang. Allah..aku tahu semuanya yang Kau aturkan punya rahsia bukan? maka aku pilih untuk terus berani menghadapi.

aku tidak pernah mengaku diri aku baik. langsung tidak pernah. biarla semua orang mengatakan aku jahat, aku rela, daripada mengaku baik tetapi masih melakukan kesilapan. tetapi apa yang aku fikir sekarang, aku buat apa pun, orang tetap tak tahu apa yang aku rasa, apa sebab aku buat sesuatu tu. jadi baik aku teruskan.

kalau mereka tak ingin selamatkan rumah ini, biar aku yang bertindak. biar aku yang terluka. biar aku yang dianggap punca. biar aku yang dianggap berpura. aku sanggup asal penghuni-penghuni yang masih ada ini tetap kuat ikatannya.

seharian aku berfikir, dan ini keputusan aku. maaf, aku terpaksa abaikan amanah, kepercayaan dan harapan anda semua demi satu ukhuwah yang aku amat sayang. maaf kalian, aku juga tak ingin berada dalam keadaan serba salah ini, dan kerana itu aku bulatkan keputusan ini. dalam dua ikatan, aku pilih ukhuwah yang benar. antara hormat dan ikhlas, aku pilih ikhlas. antara nama dan persahabatan, sudah tentu aku pilih persahabatan.

Ya Rabb, semoga dugaan yang kau beri ini terselindung cahaya yang akan beri sinarnya nanti buat kami. beri kami jalan, tunjukkan kami kebenaran. kekalkan kami dengan rasa kasih sayang kerana Mu. kukuhkan ikatan kami ini dengan redhaMu. Aminn...

sahabat-sahabat, senjata kita sekarang hanya doa :")

7.3.13

Tak. Tak Marah Pun.

Pengalaman itu mendewasakan. juga mendidik hati, akal dan jiwa untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. dan hari ini, baru aku sedar, kenapa Allah beri aku segala pahit itu dulu, kenapa Yang Atas sana beri aku peluang melalui pengalaman itu dulu. jawapannya senang, sebab apa yang aku dah lalui dulu, buat aku semakin cekal, semakin matang dalam bertindak juga berfikir. dulu aku seorang yang cepat marah. panas baran. sangat. melenting bila ada yang tak kena. tapi sekarang, aku sedang belajar untuk kawal marah, belajar jadi seorang yang sabar.

dan sekarang pun aku sedang kawal amarah. satu kelemahan aku, aku akan menangis kalau terlalu marah tapi tak mampu luahkan marah tu pada orang yang sepatutnya. detik ini juga aku sudah kesat air mata. maknanya aku tak marah lagi. betul, aku tak marah pun. tapi KESAL ! 

kerana apa? kerana kamu antara orang yang aku hormat, antara orang yang aku kagumi dan PERNAH aku sayang dulu. sebab itu aku kesal, kamu dah buat aku hilang hormat pada kamu. tapi aku tak marah kamu. tak ! tapi aku SEDIH.

sebab apa?sebab kamu masih belum mahu berubah, masih berpura-pura, malah masih menajamkan lidah kamu untuk menjatuhkan, memporak-perandakan dan mengucar-kacirkan orang lain !

tak mengapa. aku tetap tak marah. kamu bertuah sebab kenal aku sekarang dan bukan dulu. aku yang sekarang, tetap senyum, tetap diam dan tetap sabar walaupun apa yang kamu dah buat ni dah keterlaluan. kalau apa yang kamu buat ni pada aku yang dulu, panas telinga kamu dengar amuk amarah aku.

Terima kasih tuhan, sebab hadiahkan pengalaman-pengalaman dulu yang mematangkan aku dalam berdepan dengan manusia jenis ini. Terima kasih juga kerana kurniakan aku sahabat-sahabat yang ajar aku untuk jadi sabar dan sentiasa bersangka baik dengan orang =)

semoga aku masih terus boleh kawal marah.



27.2.13

jangan robohkan tiang ukhuwah ini !

"Ukhuwah itu ibarat rumah, biar tak cantik, biar tak mewah, asalkan kita bahagia di dalamnya."

dulu selalu aku cakap yang ukhuwah kita ini sangat bahagia. selalu aku doa agar rumah ukhuwah kita ini sentiasa kukuh tidak bergoncang walau apa yang berlaku. tanpa sedar, ada penghuni rumah ukhuwah ini sendiri yang dalam diam menjadi anai-anai, sedikit demi sedikit merosakkan tiang. dan bila tiang itu semakin banyak dirosakkan, akhirnya baru kita semua penghuninya terasa ukhuwah ini sudah goyah. tunggu masa untuk roboh.

kenapa perlu rosakkannya wahai kalian? jujur aku sangat sedih dengan apa yang berlaku. dan sekarang, aku bagai tersepit. dan aku akui juga, aku turut bersalah, sebab, aku terlebih dahulu sedar kewujudan "anai-anai" itu, tapi aku diamkan. aku diam untuk taknak keruhkan keadaan, tapi aku lupa diam aku lama kelamaan semakin meranapkan.

sedihnya, perkara ni jadi di saat akhir kita semua berada di ukm ini. sepatutnya, kita tinggalkan ukm ini dengan seribu satu kenangan manis bukan? Allah..sebak rasanya. dalam situasi ni, kecewa aku tak sehebat kecewa sahabat aku. dia pastinya berganda-ganda kecewa. pasti terlalu sedih. tempiasnya aku turut rasa walau tak banyak. cuma mampu sabarkan. moga kau diberi kesabaran yang tinggi berdepan dengan dugaan ni. 

untuk "anai-anai" yang merosakkan, tahniah, tiang rumah kita sudah ranap dan sangat sukar untuk ditegakkan semula. kalian, kalau tidak selesa berada di dalam rumah ukhuwah ini, kenapa tidak keluar sahaja tanpa rosakkan apa-apa? kenapa perlu tinggalkan rasa sedih dan kecewa kepada penghuni lain? semoga kalian insaf nanti.


masih ada penghuni yang mahu tegakkan semula rumah ini? kalau seorang diri aku tak mampu.


*kalian tak akan sedar kan salah kalian? sebab kalian tak tau kewujudan blog ni. tapi sekurangnya  nanti, bila kalian terbaca, kalian tau betapa kecewanya aku. ini blog hidup aku dan aku berhak luah apa saja :")


26.2.13

aku dapat blog aku balik !

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
Ya Allah tak tau nak cakap macam mana seronok dan terujanya aku bila dah dapat bukak blog ni semula.
sebulan yang lepas, gila sedih sebab tak dapat buka blog, hari-hari cuba buka tapi tak dapat, kawan-kawan bukak pon tak dapat.memang panas hati time tu.

blog ni tak hebat mana pon, femes apatah lagi, tapi aku sayang blog ni. macam-macam kenangan aku titipkan dalam halaman ungu ni. ada kawan cakap, buat blog baru la, dan memang aku buat. tapi rasa nak menulis tu takde. feel tak sama macam menulis kat blog ni. nasib baiklah hari ni tergerak hati nak try bukak blog ni, dan akhirnya aku dapat balik blog kesayangan aku. bahagianya ! macam jumpa kekasih lama.kekeke :P

kepada blog ungu tersayang, lepas ni jangan buat hal lagi. aku rindu tau takde kamu. hee..sepanjang sebulan kau takde dengan aku ni, macam-macam benda yang aku nak tinggalkan kat sini sebenarnya. tapi cuma mampu pendam, sebab takde tempat aku nak menulis. banyak benda bahagia, banyak jugak rasa duka. tapi aku masih tersenyum, sebab aku tau semua ni proses mematangkan aku :)

#lepas ni aku tak gusar lagi, kalau takde orang yang nak dengar aku meluah rasa, aku ada blog ungu ni dah.hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...