Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

21.3.13

kisah dongeng seorang gadis.

kisahnya begini.
gadis itu sebenarnya sudah lama memendam rasa. tapi demi melihat senyum bahagia insan-insan yang penting dalam hidupnya, dia paksakan diri melupakan semua perasaan sedih, kecil hati, marah dan sebagainya itu. dia selalu nampak ceria, selalu pot pet sana sini, selalu jugak terbahak-bahak ketawa sehingga orang sekelilingnya menganggap dia selalu tiada apa-apa. selalu ok. ya. memang dia ok. =)

tapi, mungkin disebabkan terlalu banyak tiada apa-apa itu dihimpunkan, maka hati cekal itu sudah menjadi apa-apa. sudah pandai terasa sana sini, sudah tahu terkecil itu ini. dah la sensitif, tak pandai sorok pulak macam sebelum ni. lalu dalam ramai-ramai kenalan, ada seorang perasan. "ton,(bukan nama sebenar)sekarang ni ton dah berubah jadi sensitipla..." kata usin (bukan juga nama sebenar).

lalu gadis tu pun seperti baru tersedar, kenapa sekarang ni dia selalu saja rasa terkilan, kecil hati sedangkan sebelum ini tidak? dan gadis itu punya jawapan, dia sekarang sensitif kerana orang-orang sekelilingnya yang menjadikannya begitu. dia bukan ingin menuding jari kepada orang lain, tidak sama sekali, tetapi dia juga sedar ada perubahan pada diri mereka semua. gadis itu tidak pernah mengharapkan dia disanjung tinggi atau ditatang molek-molek, tidak. cuma dia inginkan ada ikhlas dalam hati mereka. bukan pura-pura, bukan dalam terpaksa. tapi, gadis itu teringatkan kata seorang sahabatnya, "kita kena sentiasa berlapang dada, turunkan ego, belajar memaafkan,biar orang buat kita, jangan kita buat orang". lalu gadis itu kesat air mata dan terus ukir senyum setulusnya.

sekarang, kisah belum tamat, gadis itu sedang cuba melupakan semua luka, dia cuba juga hilangkan parut yang ada. tapi juga, dia sebenarnya sudah penat mengharapkan apa-apa dari mereka, biarlah dia saja yang setia menebar rasa kasih buat mereka meski terpaksa menjeruk rasa. dia sudah letih menegakkan rumah seorang diri sedang yang lain tidak peduli tiangnya bergoncang, sekah, atau mahu tumbang. tidak mengapa, gadis itu sekarang ingin menghuni rumah seorang diri, tegak tumbang rumahnya, dia sendiri betulkan. tapi gadis itu bertekad dalam hati, andai nanti, ada penghuni baru ingin mendiami, dia akan buka pintu dengan senang hati, tetapi syaratnya, semua penghuni harus ikhlas dalam mengasihi, tidak berpura dalam menyayangi dan tidak punya belati tajam untuk menikam sesama sendiri. 

kisah tidak akan tamat, dan andai kisah ini tamat nanti, semoga ia tamat dengan pengakhiran yang bahagia. insyaallah..

Dia ingin rumah seperti ini, walaupun tampak tak sempurna, tapi masih kukuh meski pasak dihempas ombak.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...