Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

13.3.13

Persahabatan.

keliru. itu yang aku rasa sekarang. sebelum ini, langsung aku tidak pernah terfikir tentang perkara ini. langsung tidak menjangkakan masalah ini akan berlaku setelah ranapnya salah satu tiang rumah kami. sekarang bergoncang pula satu tiang. Allah..aku tahu semuanya yang Kau aturkan punya rahsia bukan? maka aku pilih untuk terus berani menghadapi.

aku tidak pernah mengaku diri aku baik. langsung tidak pernah. biarla semua orang mengatakan aku jahat, aku rela, daripada mengaku baik tetapi masih melakukan kesilapan. tetapi apa yang aku fikir sekarang, aku buat apa pun, orang tetap tak tahu apa yang aku rasa, apa sebab aku buat sesuatu tu. jadi baik aku teruskan.

kalau mereka tak ingin selamatkan rumah ini, biar aku yang bertindak. biar aku yang terluka. biar aku yang dianggap punca. biar aku yang dianggap berpura. aku sanggup asal penghuni-penghuni yang masih ada ini tetap kuat ikatannya.

seharian aku berfikir, dan ini keputusan aku. maaf, aku terpaksa abaikan amanah, kepercayaan dan harapan anda semua demi satu ukhuwah yang aku amat sayang. maaf kalian, aku juga tak ingin berada dalam keadaan serba salah ini, dan kerana itu aku bulatkan keputusan ini. dalam dua ikatan, aku pilih ukhuwah yang benar. antara hormat dan ikhlas, aku pilih ikhlas. antara nama dan persahabatan, sudah tentu aku pilih persahabatan.

Ya Rabb, semoga dugaan yang kau beri ini terselindung cahaya yang akan beri sinarnya nanti buat kami. beri kami jalan, tunjukkan kami kebenaran. kekalkan kami dengan rasa kasih sayang kerana Mu. kukuhkan ikatan kami ini dengan redhaMu. Aminn...

sahabat-sahabat, senjata kita sekarang hanya doa :")

0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...