Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

18.4.13

Insan Baru ~

pernah cakap dulu..kalau nanti ada insan lain yang ingin masuk ke dalam rumah ukhuwah aku, aku akan buka pintu seluasnya, asalkan dia punya rasa ikhlas untuk menjalin hubungan. alhamdulillah, aku punya seorang insan baru yang mewarnai dan menambahkan rencah perisa dalam ukhuwah. aku sudah lama mengenalinya, tapi baru sebulan dua ini menjadi rapat. sebelum ini, bercakap jika ada urusan sahaja. selepas kami akrab, baru aku kenal hati budi dia, baik buruk dia, kadang-kadang selalu buat aku tersentuh hati, tapi aku tak tunjukkan, saje buat muka tak ada perasaan. 

setiap kali dia pergi pasar malam, dia akan sms, "kakak teringin nak makan pape x? nisa kat pasar ni." semalam, aku bagitau dia yang aku demam, nak balik, tak dapat temankan dia dan yang lain berlatih sketsa. dia cuma diam. tapi lepas tu dia sms, "jap lagi nisa g tido bilik akak, nisa temankan akak." masa tu aku dengan pensyarah dan sorang kawan sedang makan kat luar, bila aku balik, dia dah tunggu kat depan blok asrama. dalam gelap dan pastinya bernyamuk. tersentuh masa tu, tapi buat biasa.

aku selalu kutuk-kutuk dia, buat-buat rimas kalau dia ada, sengaja ingin mengusik, tapi sebenarnya dalam hati, selalu cakap "sayang adik aku ni." sahabat aku ada cakap, budak ni mengingatkan dia pada seseorang. sebenarnya dah lama aku perasan, dia seperti seseorang yang pernah mewarnai hidup aku dulu. tapi dulu, sekarang insan tu semakin jauh, mungkin sudah lupakan orang yang pernah dia anggap kakak dulu. tapi aku faham, inilah namanya hidup. ada yang datang dan pergi. dan sahabat aku cakap, "neeya, kau dapat yang lagi baik dari yang pergi tu." betul, bila ada seorang yang tinggalkan kita, sebenarnya nanti Allah kurniakan ramai lagi insan yang lebih baik untuk menggantikan.

sekarang, ada jugak bunyi-bunyi bila aku rapat dengan dia. cemburu tu bukan kot, cuma mungkin tak senang lihat orang lain gembira. dan sebenarnya ada seseorang yang cemburu, terang-terangan dia cakap dia cemburu. dan aku cuma cakap "dik, rapat lelaki dgn perempuan dan perempuan dgn perempuan lain, dgn kamu pun akak rapat jugak tapi takkan nak sama caranya kan.." 

aku titipkan kisah ini bukan untuk sesiapa, bukan nak menyanjung sesiapa, tapi untuk menjadi warkah aku nanti. bila nanti, andai kami terpisah, jika aku tinggal seorang diri nanti, aku akan baca kisah-kisah dalam halaman ungu ini, biar aku kenang dan tak lupa insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku. dan sebab itulah, banyak kisah mengenai insan lain yang aku ceritakan dalam blog ini. bila aku ceritakan mengenai mereka dalam blog kesayangan ini, bermakna mereka adalah insan yang penting dan sangat aku hargai :)

sekarang, bertambah satu warna lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...