Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

8.5.13

Kaca Mata.

kali ini gadis ini ingin bercerita pula tentang kaca matanya. kaca mata yang begitu penting dalam hidupnya sepanjang hidup di bumi ukm ini. menurut yang diceritakan, begini mulanya.

aku mendapat kaca mata itu pada tahun kedua menjadi warga ukm. aku sayang kaca mata tu. sangat sayang..semenjak itu aku dan kaca mata menjadi akrab. selalu bersama. kaca mata itu, sangat istimewa, selalu menjadi tempat aku meluahkan rasa sedih sehingga adakala tersesak menangis di bahunya, sering juga menjadi tempat aku meluahkan rasa marah dan menghamburkan sakit hati.walau marah dan sakit hati tu untuk orang lain, kaca mata tetap rela menjadi pendengar.katanya, biar aku ledakkan kemarahan padanya, bukan orang lain yang sepatutnya. kaca mata itu juga paling memahami aku,tengok riak wajah aku saja, dia sudah tahu aku sedang menghadapi masalah, sedih atau sedang tertekan. dia selalu bertanya tanpa perlu aku mula bercerita. jarang sekali kaca mata itu melukakan. dia sahabat dan teman yang baik.


kaca mata ini yang si gadis sayang


mungkin tertulis, yang kaca mata aku akhirnya diambil orang. malah, dia tidak ambil dan terus hilangkan, dia ambil tetapi selalu saja memakainya di depan mata aku. sering juga seperti ingin tunjukkan padaku bahawa dia sekarang memiliki kaca mata yang dulunya aku pakai. aku tidak peduli tentang orang yang mengambil kamu wahai kaca mata. tetapi aku kecewa kerana kamu juga terus leka bersama pemakai baru sehingga lupa aku yang dulunya saban hari menggilap kamu bersih-bersih. sedihnya, permukaan kaca kamu semakin kabur sehingga tidak nampak lagi riak sedih, marah atau gembira aku. kabur sekaburnya.

dan sekarang, aku pula larikan diri jauh-jauh dari kaca mata sahabat aku. bukan kerana tidak suka atau benci, tetapi aku ingin biarkan kamu terus gembira bersama pemakai baru itu. kamu faham bukan, marah macam mana aku, susah untuk aku membenci orang, lagi pula yang pernah dekat dengan aku. terima kasih juga wahai kaca mata istimewa, kerana pernah menjadi penyuluh aku ketika kabur, pernah menjadi pelindung aku bila takut dan paling tak akan aku lupa, kamu sering menjadi tempat aku melindungkan mata merah berair bila menangis. sekarang, tersesak macam mana pun aku, aku perlu tunjukkan kesannya, tidak lagi berselindung di balik kaca mata istimewa itu lagi :)

maafkan juga aku, andai sepanjang menjadi pemakai kamu, aku pernah mencalarkan cermin atau merosakkan bingkai kamu.



kaca mata gadis sudah tiada. tinggal kenangan bersama saja :)


p/s: tamat kisah kaca mata dan seorang gadis. dan gadis itu pesan, selepas ini jangan tulis lagi kisah mengenai  kaca matanya di mana-mana lembar atau halaman. kalau teringat, tulis sahaja di pasir pantai, biar nantinya terhapus dihempas ombak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...