Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

28.11.11

~alahai khairul fahmi !~

"SAAT KAMU SUDAH TERBANG TINGGI MENGGAPAI AWAN, JANGANLAH KAMU PERNAH MELUPAKAN SARANG KAMU DI BAWAH SANA. SAAT KAMU MENDONGAK KE LANGIT, JANGAN KAMU MELUPAKAN RUMPUT YANG KAMU PIJAK"







terus saya terfikirkan kata-kata ini sebaik melihat berita dan gambar terbaru yang disebarkan semalam. saya membaca artikel yang mengejutkan itu semasa menonton perlawanan antara Malaysia dan Bahrain. sebagai salah seorang peminat khairul fahmi, sememangnya saya terkilan apabila membaca artikel tersebut dan ini bukan kali pertama saya terkilan dengan pelbagai cerita dan tohmahan tentang hero Malaysia dan hero hati saya tu.

dulu berita putus tunang, berita bersama gadis seksi a. k. a adik angkat, berita minum arak di sebuah parti.. dan kini berita bersama gadis lain pula. alahai heroku khairul fahmi....
saya tidak berkata bahawa semua cerita ini benar dan tidak juga ingin menegakkan benang yang basah dengan mengatakan khairul fahmi tidak bersalah. tetapi saya kecewa kerana disaat namanya sedang meningkat naik, pelbagai cerita tidak enak yang disebarkan.
ahh tak mengapa.minat saya terhadap apex tidak berkurang sama sekali :)

dia tetap hero saya :)

andai benar semua cerita itu, saya doakan kamu berubah nanti,
andai semua itu hanya fitnah, bersabarlah :)










27.11.11

"cinta"

cinta itu dunia aku,
lalu aku menulis tentangnya,
tentang kemabukan rasa,
tentang keindahan rupa,
tentang kerinduan yang tiba
tentang liku-liku dijalannya...



diduniaku aku tidak menulis
tentang kehancuran dan bahana perang
tentang penaklukan dan tawanan
tetapi 
aku menulis tentang kesetiaan dan keluhuran
tentang ketabahan dan pengabdian
siapa akan mengerti
siapa akan menatapi
aku dan duniaku
hidup dan cinta...

(NURUL HUSNIYAH, FEBRUARI 2008)




15.11.11

saya dan stress berkawan baik~

Selepas pulang dari bercuti selama seminggu di kampung, saya memulakan kembali rutin sebagai pelajar di universiti ini. tetapi saya dapat merasakan bahawa bebanan kerja yang tertangguh dan yang baru sudah mula bertambah, lalu muncullah sahabat baik saya iaitu STRESS. 







Saya tidak pernah dan tidak akan mempertikaikan kerja-kerja yang diberi kepada pelajar seperti saya kerana itu sudah menjadi tugas kami sebagai pelajar untuk melaksanakannya.

tapi..

saya tidak berpuas hati dengan ketahanan mental saya untuk menghadapi semua ini. saya mudah merasa tertekan  apabila saya tidak dapat melaksanankan semua tugasan. tugasan luar akademik juga kadangkala menambahkan tekanan saya.

minggu hadapan insyaallah, projek okestra IPTA akan berlangsung. rasanya tidak sabar untuk menunggu hari tersebut kerana selepas itu, sedikit bebanan saya akan berkurang. tetapi untuk pertama kali saya melibatkan diri dalam menguruskan program besar seperti ini, saya nekad untuk melaksanakan tugas saya dengan sempurna.

STRESS, semoga kehadiran kamu tidak menjatuhkan saya tetapi meningkatkan semangat saya :)

saya akan tukarkan wajah saya dari ini

kepada ini




suka entri ini?

8.11.11

ajal maut itu kerja Allah~

pukul 2.30 pagi tadi..kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan daripada sepupu saya bahawa datuk sudah pergi mengadap Ilahi akibat sesak nafas secara tiba-tiba. 

saya hanya tergamam mendengar berita tersebut. bagai tidak percaya. baru sahaja dua hari yang lepas iaitu pada hari raya pertama kami melawat arwah di rumahnya. masih jelas di mata betapa ceria wajah tua itu menyambut kedatangan anak cucunya petang itu. 

masih teringat guraunya kepada kami semua cucunya.
" cucu tok wan ramai perempuan. nanti kalau tok wan sakit sapa nak tolong angkat tok wan"

Ya Allah...

sebak saya bila mengingat kembali kata-katanya pada masa itu. tetapi saya dapat lihat hari ini semasa mengusung keranda jenazah, semua yang mengusung keranda dari rumah ke atas kenderaan jenazah adalah cucu dan cucu menantu lelakinnya. juga semasa mengusung keranda dari dalam masjid ke tanah perkuburan juga semua cucu dan cucu menantu lelakinya.

hari ini juga saya bermuhasabah diri. ternyata ajal maut semuanya di tangan Allah. kita tidak dapat meramal bila masanya nyawa kita akan diambil Yang Esa. seperti arwah datuk, pemergiannya sangat mengejutkan kami semua kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini. malah arwah masih kuat berkerja menukang rumah dan memasang parabot di serata ceruk kampung walaupun sudah dilarang oleh anak-anaknya. 

akan tetapi.. kuasa Allah siapa yang tahu. semoga arwah datuk atau tok wan bagi saya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al fatihah..





suka entri ini?

2.11.11

:: Puisi Untuk Sahaabat ::

~SAHABAT~
telah aku lukiskan
sesusuk tubuh, seraut wajah
selembut bicara, sederap langkah
sebuah puisi, seloka mesra
seulas bibir, sepasang mata
sekuntum senyuman, seerat genggaman
sesimpul ikatan, sebuah persahabatan...
telah aku lukiskan
segalanya milikmu
di segenap ruang
istimewa dihatiku
sahabatku...
(NURUL HUSNIYAH, DISEMBER 2007)


sahabat seperjuangan

sahabat persuratan melayu

sahabat akrab 

dia kakak dia juga sahabat

sahabat pertama semenjak menjejakkan kaki di UKM

sahabat akrab juga

ini sahabat terbaik saya. walaupun sekarang jarak memisahkan,
namun kami tetap saling berhubung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...