Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

24.6.12

~Lepaskan..



p/s: saya tahu awak akan baca. kalau bukan hari ni, esok, lusa, atau suatu hari nanti :)

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute


  KLIK UNTUK JOIN  kesian kak Rose bloglist dia hilang. tula..rain sangat edit-edit blog.. ;p
Saje join sebab bosan..tak tau nak buat apa sebenarnya walaupun kena study untuk exam. lusa paper Manuskrip Melayu ! hee 

23.6.12

Tiada Tajuk !



betolkan?sekarang ni,utamakan yang utama. belajar, belajar dan belajar. insyaallah,setahun lagi habiskan degree, then kalau ada rezeki nak sambung master. tu fokus aku sekarang. Gambate Neeya ! 

Now, lupakan kesedihan lalu, buka buku baru. Apa yang berlaku, anggap sebagai satu proses merekrut hati menjadi kuat. ngee !

"Jodoh ini adalah suatu gerak hati pada empunya diri yang ditakdirkan. Jodoh itu merupakan suatu takdir. Usaha bagaimanapun, jika tiada jodoh, tiada juga. Jika tiada usaha, jika ada jodoh maka ia tetap ada.."


22.6.12

Entri Panjang :Selamat Tinggal Semester 4 !

Baru selesaikan empat paper..Alhamdulillah..masih ada dua paper yang menunggu.. #stress#
tak tahu kenapa, semester ni rasa macam sekejap je.tup2 dah final exam..dah nak cuti semester. lepas ni dah  masuk final year..bermakna lagi dua semester aku akan tamatkan pengajian 0_o


KENANGAN SEMESTER 4...


apa kenangan aku dalam semester 4 ni ye? ya. semester 4 ni la yang paling membebankan aku. bukan beban sebenarnya, tapi menuntut komitmen. semester ni paling banyak program yang aku kena handle.bilik ni cuma macam tempat persinggahan, balik lewat pagi tido, bangun esok pagi terus keluar sampai lewat pagi pulak baru balik. aigooo...


masa cuti semester hari tu, aku kena balik UKM  2 minggu awal sebab ada Pesta Pantun Integrasi Budaya..walaupun tak menang, its ok..cari pengalaman.. :)




Aku tengah jawab pantun dengan gighnya.. :D

Lepas je selesai Pesta Pantun, terus sambung dengan program Hari Keluarga Kolej.. sebagai Ketua Program, memang sangat penat, dengan penat berjaga untuk pantun tak hilang lagi, berjaga pulak utk program ni..berhari tak tidur =="


Hari Keluarga Yang Happening :)

Sebenarnya, masa tengah sibuk uruskan pasal Family Day ni, aku dah ada latihan pantun untuk Pesta Pantun Bestari 2012. tapi aku tak dapat bagi dua komitmen dalam satu masa. so, aku setelkan family day dulu. Lepas je selesai program 2hari ni, esoknya terus sambung dengan latihan pantun.. masa dalam latihan pantun ni jugak ada pertandingan pantun lain peringkat saringan dalam fakulti. haa amek kau. kelam kabut tak sudah. masa separuh akhir pantun ni jugak, aku kena bersiap untuk ke Universiti Malaya untuk Pantun Bestari. tak sempat dengan keputusan, terus berkejar ke UM. tapi dapat tau yang team aku dapat ke final. hee :)


Pantun Bestari .. UKM (B) vs UIA masa ni.. tak tau la kenapa muka aku sedih.. haha :P

Alahamdulillah, pasukan UKM (A) dan UKM (B) berjaya sampai ke suku akhir je.. xpe dah usaha kan :")
lepas balik dari UM, balik kampung dalam 2 minggu sebab cuti pertengahan semester, lepas balik cuti, terus pulak sambung dengan program-program Pusat Pengajian..mula-mula pertandingan tenpin boling

team boling aku Diva Propa. haha nama team pon da propa kan ="
*abaikan masalah gambar kabur tu ;p

selang dua tiga hari sambung pulak dengan program terbesar pusat pengajian aku, Hari Kecemerlangan Dan Apreasasi Seni 2012. yang ni pon memang penat gila sebab aku Pengarah Program. pulak tu antara acara dalam ni pertandingan pantun peringkat akhir, team aku dengan team senior, pulak tu lagi, aku kena handle dua sketsa, sebagai persembahan pembukaan dan penutup program. kisahnya, memang panda sangat mata masa ni seminggu tak tido malam. @_@

Barisan Exco yang suka mencapap ;p


pertandingan pantun akhir..lihat team aku berbaju pink
nampak? lagi gambar disnap ketika aku gigih menjawab pantun ;p

Alhamdulillah, team aku dapat johan dan program 3 hari ni berakhir dengan jayanya. dan esoknya pula aku ada Pesta Pantun UKM pulak..so, lepas penat handle program ni, malam tu aku dan team berjaga siapkan pantun untuk pertandingan esok. memang macam orang mabuk todi aku rasa. pegi lawan pon blurr je.. tapi akhirnya masuk final jugak. alhamdulillah :)

tengah berentap
akhirnya kami juara :)

kesibukan tak berakhir di sini. lepas tu aku dan beberapa pemantun lain diminta menjadi jurulatih pantun kepada pelajar Permata Pintar Negara..sekolah dorang dalam ukm.. masa ni jugak aku kena handle projek kursus DramaMelayu dan jadi pengarah program dinner pusat pengajian. so kena lagi bagi tiga komitmen dalam satu masa ==" 
siang pegi kelas, malam pukul 8 dah terpacak kat fakulti untuk latihan drama dan gerak kerja pementasan dan dinner, kadang2, skip untuk drama dan pegi latihan pantun adik-adik permata..penat memang penat, tapi aku suka buat apa yang aku minat, so tak kisah penat pon. tido pukul 2pagi lepas tu pukul 5.30 pagi dah bertolak ke hulu selangor untuk pertandingan pantun tu.memang mata rabak habis tapi tetap senyum.haha :)

masa bawak adik-adik permata ke Hulu Selangor,
pertandingan pantun peringkat negeri

Dinner Pusat Pengajian

balik dari bawak dorang ni lawan pantun,esoknya terus dinner tu. memang rasa macam nak pengsan masa tu. pementasan drama yang aku kena handle pulak tinggal lagi beberapa hari..so selesai je pertandingan pantun budak-budak ni dan dinner terus aku fokus kat pementasan drama. projek ni la yang paling menguji kesabaran. menjadi ketua pengarah kepada 60 orang dibawah kita, memang macam2 perangai yang boleh jumpa. kadang2 aku hilang sabar, tapi aku teruskan..

gigih jadi mekap artis :P

pementasan berlangsung

dan berakhir dengan jayanya :)

dengan berakhirnya pementasan drama melayu ni, maka berakhirlah segala program aku semester ni. lepas tu terus sibuk dengan pembentangan dan exam.. semua kenangan dalam semester ni tak akan dilupakan walaupun banyak juga duka semasa menjayakan semua ni. ni kan salah satu proses mematangkan diri =)

semester depan, mungkin aku tak sesibuk ni sebab dah tahun akhir, kena tumpu pada belajar, tapi tak akan juga aku duduk diam tanpa buat apa-apa. tanggungjawab masih ada semseter depan..cuma berharap aku kuat lagi untuk dugaan selepas ini. 

Selamat Tinggal Semester 4 yang banyak kenangan, tak sabar menunggu semester 5 !~
















21.6.12

BEN ASHAARI DAN SAYA :)



Blog di atas antara blog yang paling aku suka jenguk.
Antara blog yang aku suka baca (ayat dalam mood exam) :



# blog yang ada gambar ~ sebab gambar boleh menceritakan segalanya

# blog yang ayatnya tak ada bahasa rojak yang keterlaluan sehingga boleh buat aku loya !

# blog yang ada resipi sedap-sedap, sebab suka tengok gambar makanan. ngee :)

15.6.12

Allah Pemilik Cinta

Sehebat mana cinta, Tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, Tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, Tatkala sampai masa yang ditentukanNya, Dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, Tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga "


aku terjumpa bait ini dalam sebuah blog seorang teman. patah kata ini ada benarnya. sehebat mana cinta, jika tiada jodoh, tak akan bersama. tapi kata seorang teman, kita juga harus berusaha untuk beroleh jodoh. ya. aku juga sedang berusaha. berusaha untk mengikhlaskan hati memaafkan dia yang dulunya seringkali namanya terungkap dalam setiap doaku supaya aku menjadi jodohnya hingga syurga. 

dan sekarang, sepertinya kami tidak berjodoh. tidak lagi bersama menyemai sayang, tidak lagi bersama menganyam impian untuk berkongsi hidup hingga hujung nyawa. sekarang, aku sendiri dan dia sendiri. saban hari juga aku mendengar kata maaf darinya. aku pekakkan telinga, aku butakan hati untuk menerima. kata teman rapatku, "kau terlalu berdendam." kata teman lain, "tingginya ego kau."  kata sahabatku, "jangan kerana satu kesalahan, kau terus membenci."

Demi Allah, aku tidak berdendam, tidak juga ingin menegakkan egoku apatah lagi ingin membenci. tapi, aku seperti penat untuk menjalin hubungan lagi. aku akui juga, aku masih berkecil hati dengannya. tapi, atas desakan seorang teman, aku kirimkan juga sms buatnya. aku katakan, saya maafkan awak. dia gembira. tetapi aku katakan juga, memaafkan tidak bermaksud saya akan kembali kepada awak. aku tahu dia terluka. biarlah..

Awak, kita hanya merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. anggap saja apa yang pernah kita rancang bersama dulu cuma angan-angan dalam mimpi. tak pernah ada. mungkin ada baiknya kita begini. awak bina hidup awak dan saya bina hidup saya sendiri. jika kita masih berjodoh, Allah akan temukan kita semula dengan caraNya. buat masa ini, cinta saya hanya milik Allah. saya doakan kesejahteraan awak dan semoga Allah kuatkan hati kita menerima apa yang terjadi. 

saya tahu mungkin hari ini awak belum baca entri ini, tapi jika esok atau lusa awak terbaca dan awak terluka, saya mohon maaf..


13.6.12

Terima Kasih Allah Temukan Aku Dengan Mereka~

hari ni nak cerita panjang.
pertama kali menjejakkan kai di bumi UKM ini, aku menangis. aku peluk erat-erat emak, aku cium pipi kakak. dalam fikiran aku, aku bayangkan mcam mana aku ingin hidup di sini tanpa keluarga tercinta? aku menangis semahunya bila keluarga meninggalkan UKM, meninggalkan aku sendiri di bilik yang asing itu.

tak pernah aku terfikir untuk punya keluarga disini, kerana keluarga aku sebelum ini hanyalah saudara-mara yang mempunyai talian darah semata-mata. tak pernah aku jangka bahawa aku akan bertemu dengan insan-insan yang sangat menyenangkan hati sehingga akhirnya ku anggap keluargaku di UKM ini.

selepas seminggu aku disini, diri sudah mula serasi, tetapi hati belum sebati. dan tika inilah, pertamanya kalinya aku bertemu dengan orang yang aku rasa selesa walau pun baru bersua. alhamdulillah, mereka baik, mereka serasi dengan diri, mereka seperti sudah lama bersahabat sedangkan baru beberapa patah kata bertegur sapa. dan selepas itu juga, kami seperti keluarga. panggilan kami sesama sendiri berbeda dengan teman-teman lain. tiga orang ini terus ku anggap saudara sendiri. dan semenjak itu, aku niatkan di hati, ingin menjadi sahabat dan saudara yang baik buat mereka. Along, Angah, Acik..tiga orang ini saudaraku sampai syurga. Insyaallah, kerana Allah..

mereka :)
ni along
ni angah
ni acik

dan aku ayong..tak perlu la letak gambar aku.. hanya Allah je tahu macam mana aku sayangkan mereka..

setelah satu tahun di sini, Alhamdulillah, aku berpeluang lagi menjalin ukhuwah dengan insan-insan yang punya keikhlasan dalam bersahabat. pertemuan kami hanya kebetulan. tetapi pada pertemuan pertama, kami sudah mesra dan akhirnya kami seperti sebuah keluarga besar. aku kenal mereka ketika mewakili UKM untuk pertandingan pantun. hubungan kami terus erat meskipun selepas pertandingan. kami masih saling berhubung, berjumpa dan sering juga berkongsi cerita, suka atau sebaliknya. jujur, aku anggap mereka saudaraku di sini, kerana aku dapat rasakan, antara kami, saling punya rasa kasih sayang yang erat satu sama lain. 
ini keluarga besar kami :)

dan sekarang pulak..bertambah lagi keluarga aku. dikurniakan pula adik-adik yang sangat manja, bijak dan paling penting pandai hormat orang.. perkenalan yang hanya pada mulanya sebagai jurulatih pantun mereka, akhirnya terus menjadi adik-adik yang aku sayang. aku memang sukakan budak-budak..mereka sebenarnya bukan budak-budak sangat sebab dah 17 tahun..tapi mungkin disebabkan aku tak ada ramai adik, (hanya seorang adik) aku suka melayan budak-budak ni. aku tak ada adik perempuan, jadi ada antara mereka yang   aku sangat manjakan. insyallah, ukhuwah ini juga aku akan jaga sebaiknya :)

adik-adik :)

kenapa aku ceritakan semua ni? sebab aku sangat menghargai mereka semua dalam hidup aku. aku terharu bilamana mereka bukan sahaja ada tika aku ketawa suka, malah masih ada, setia bersama di saat aku dilanda kecewa dan duka. syukur padaMu Ya Allah, kerana temukan aku dengan insan-insan ini. Berkatilah Ukhuwah kami ini, dan peliharalah kasih sayang antara kami, insyaallah, sampai syurga. Amin..

:: entri tentang seorang kakak aku di ukm dah tulis di SINI








7.6.12

TUHANKU~


Siapa yang pernah menjangkakan hidupnya di bumi Allah ini penuh liku. Penuh onak duri. Aku sendiri tidak pernah terbayang, malah tidak pernah terfikir yang semakin aku dewasa, semakin aku diuji dengan dugaan yang seolah tidak mampu aku pikul. Ya, adakala aku seperti menyalahkan takdir yang ditentukan terhadap aku. Namun, segera aku tersedar, bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu dipikul hambaNya. Dan aku juga yakin, Allah menguji hambaNya supaya mereka lebih dekat dan mengingatiNya, supaya duduk bersujud, mengadu padaNya.  
Aku sedar kesilapan diri, aku leka, alpa dengan dunia sehingga aku kadangkala melupakan tanggungjawab aku pada Maha Pencipta. Sekadar menunaikan yang wajib, tanpa ditambah atau ditampung dengan yang lain. Dan bila aku diuji, bila aku dalam kesusahan, baru aku mencari yang Esa.


aku memang selalu leka..

Ya Allah, aku mohon padaMu, berilah sedikit kekuatan kepadaku untuk menempuh dugaanMu ini, bantu aku untuk berpura-pura bahagia di hadapan mereka. Beri aku petunjuk untuk merungkai segala kekusutan ini. 
Demi orang-orang aku aku sayang di dunia ini, aku perlu kuat dan tidak sesekali aku tunjukkan kesedihan aku di hadapan mereka. Biarlah mereka mengenali aku, seorang yang ceria, seorang yang bahagia, seorang yang sentiasa buat orang lain ketawa dan seorang tabah. Tak akan biarkan mereka tahu isi hati aku sebenar, tak kan ku biar mereka tahu aku menagis.. Allah, bantu aku…


biarpun mata bengkak mcm ni aku akan tetap senyum..


aku terpaksa bahagia demi melihat kalian bahagia :")



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...