Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

23.9.12

I'm Okay !


sebenarnya ini yang aku rasa sekarang. wahai awak yang melukakan hati, TERIMA KASIH :')

22.9.12

Selamat Ulang Tahun Nyawaku !

22 septemper. tarikh keramat dimana lahirnya seorang wanita yang sangat hebat. wanita yang sangat kuat. juga seorang wanita yang sangat tabah walau hatinya berkali-kali disakiti. Wanita itu ialah mak aku.

SELAMAT HARI LAHIR, MAK..

pagi-pagi lagi aku bangun call mak..aku tau time tu mesti mak dah bangun dan tengah dengar Tanyalah Ustaz kat Tv9..hewhew..aku ucap happy birthday kat mak..eh mak aku orang kampung pun faham oke aku wish bahasa omputih.ngee..aku cakap nanti orang balik orang bagi hadiah kt mak naa (bahasa kedah) mak cakap "mak ni tak mau dah hadiah2, mak tengok hampa semua senang pun mak seqonok dah" mak aku ni memang suka mentacingkan aku di pagi yang hening..hehe

sempena hari lahir mak ni, nak jugak aku kenang semuanya tentang mak. mak aku yang sangat tabah. ketabahan mak bertambah bila terpaksa menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak yang semuanya masih bersekolah..mak tenang menerima takdir yang walaupun mak dan ayah terlibat dalam satu kemalangan bersama, hanya nyawa ayah yang diambil Ilahi. mak sangat tabah bilamana terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya pergi disaat seluruh umat islam sedang sibuk dengan persiapan Aidilfitri. aku masih ingat, malah tidak pernah lupa, arwah ayah pergi pada 24 ramadhan..aku yang ketika itu masih berumur 10tahun, sudah mengerti peritnya sebuah kehilangan. dan aku masih ingat, di hari kematian arwah ayah, mak aku dengan tenang memujuk anaknya ini
"jangan menangis macam tu, kalau sayang ayah, kalau kesiankan ayah, jangan menangis macam tu."

tidak pernah aku lupa, betapa mak aku cuba menunjukkan dia seorang yang kuat di hadapan kami anak-anaknya. selepas mak menangis semasa arwah ayah nak dibawa ke kubur, aku tak pernah lagi tengok mak menangis. sedaya upaya mak ingin menjadi kuat untuk kami. segalanya mak cuba berikan untuk anak-anaknya. dulunya mungkin aku dangkal, aku tidak tahu kepura-puraan mak, tapi semakin aku dewasa, aku semakin tahu mak sebenarnya perit menanggung rindu terhadap arwah ayah. mak menangis di belakang kami.



dan sekarang..selepas 12tahun arwah ayah pergi, anak-anak mak semuanya dah menjadi dewasa. mak masih lagi seperti 12tahun yang lalu. masih tersenyum, masih tabah demi anak-anaknya. dan aku tak pernah melupakan semua yang mak lalui dan lakukan demi kami adik-beradik. di hari lahir mak tahun ini, sekali lagi aku panjatkan doa supaya allah panjangkan umur mak, berikan kesihatan kepada mak untuk terus tersenyum melihat kejayaan kami anak-anaknya. Insyaallah, aku cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mak, untuk buat mak terus menjadi wanita hebat yang tabah. andainya aku diberi segala kuasa untuk memiliki segalanya, pastinya akan aku gunakan kuasa itu untuk tunaikan segala permintaan mak. semuanya kerana satu sebab, MAK ADALAH NYAWA AKU. I Love U 4ever..


sumber gambar: Uncle Google

21.9.12

Cinta Sejati ~

Assalamualaikum....
lamanya tak update blog ungu ni..yela cuti lebih dua bulan kat rumah, kat rumah internet pulak non hado, berukband pulak tak bayor..heee..dah  lebih seminggu balik ke UKM pun belum boleh update lagi sebabnya  Encik ASUS kesayangan aku sedang dirawat sekarang.sedih kan hidup ni..ngeee

sekarang ni kalau nak guna lappy kenala bertandang ke bilik my BFF dan kuasai laptop dia.kahkahkah..tapi guna pon kejap-kejap je la..yela dah nama pon lappy orang, tak kan nak guna 24jam, memang kena hempuk la nanti.huahua..

tapi walaupun online pon kejap je, sempat jugak aku merayap-rayap kat blog orang lain..dan aku terjumpa satu blog yang memang superb.heee...pertama kali masuk blog tu dah jatuh cinta..bukan jatuh cinta dengan tuan punya blog tu, tapi jatuh cinta, jatuh kasih, jatuh hati dengan cerita-cerita dalam blog tu. mungkin orang lain dah tahu pasal blog ni tapi aku je yang lambat kot.hehe.. memang terharu bila baca kisah seorang suami yang setia menyayangi, mencintai dan menjaga isterinya yang sedang sakit. brain damage kalau tak silap. dia macam strok jugak la..(maaf kalau salah fakta)

1st time baca kisah dalam tu, memang aku sebak..aku pikir, ada ke lelaki yang setia macam ni? kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta.. bertuahnya kakak tu dapat husband yang baik macam tu kan.. kalau yang belum tahu pasal blog ni boleh tengok kat sini  KLIK

bagi aku, inilah yang dinamakan CINTA SEJATI. tipula kalau aku cakap aku tak teringin nak dapat suami yang baik hati dan super penyayang macam abang Abil ni..ngee..semoga aku juga dijodohkan dengan orang yang budiman dan menyayangi aku seadanya kelak..Insyaallah..

dan sesiapa yang dah tahu, dah baca pasal kisah Kak Fauziah dan Abang Abil ni, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar dimudahkan segala urusan suami yang menjaga isterinya ini dan cepatlah diberi kesembuhan kepada si isteri yang sedang sakit ini.. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...