Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

27.3.12

entri ini untuk kamu..



kamu yang dulunya sahabat..
terima kasih yang tidak terhingga kerana tak pernah jemu mendengar luahan rasa hati, mendengar esak tangis,mendengar rungutan dan amarah, juga mendengar sorak gembira aku dari dulu hingga kini..

kamu yang kini menjadi pelindung..
terima kasih kerana saban hari bertanya khabarku, menjaga sihat demamku, menegur silapku,mengingatkanku  bila alpa dan terleka, membimbing langkahku, menjadi air yang menyejukkan tika baran aku tiba juga menjadi guru tentang apa sahaja yang aku tidak tahu..

kamu si cinta hati..
terima kasih kerana menerima baik burukku, terima kasih kerana sudi berkongsi bahagia bersama, terima kasih kerana menjadikan aku tempat meluahkan segala dan terima kasih kerana menjadi penawar luka lama..



kamu si jantung hati..
tetapi.. dalam kita menyulam kasih, dalam kita ketawa bahagia, aku, dan kau juga seakan terlupa, kasih kita ini milik Allah, yang kita miliki hari ini hanya sementara, Dia berhak menarik balik segala rasa cinta dan bahagia ini jika itu kemahuanNya..

Lalu..
janganlah berani kamu berikrar atas nama cinta, berjanji sumpah setia dan bertekad hidup mati bersama..
kerana kita manusia biasa yang hanya bijak merancang..kau dan aku harus sedar, bahawa jodoh, ajal dan pertemuan itu di tangan Ilahi. kita hambaNya, hanya punya doa sebagai pengantara.. jadi Cinta Hati, berdoalah semoga kau dan aku mendapat keredhaanNya untuk terus bersama kelak :)



24.3.12

Kembali ke Sekolah !~

hoihoihoi :)
hari ni kan, kite pergi sekolah tau.
hari jugak kan, kita bosan bosan dan bosan sangat dekat sekolah baru tu.
cikgu kite kan, baik sangat.sampai semua anak murid tersengguk.
tau tak kite pegi sekolah ape?
kite pegi sekolah ni >_<

kite pegi sekolah memandu la.hee :)
errr..tak payah nak kite sangatla kan.
sebenarnya kan, aku masih belum mempunyai lesen motor mahupun kereta mahupun bas ekspress. eh janganla buat muka terkejut macam tu.ya.aku memang tak ada lesen. 
sebelum ni aku merempit bak orang ada lesen kan, dari kedah ke penang aku bawak motor, dari bangi ke KL aku rempit, aku memang tak ada lesen.huahuahua. (maaf bapak polisi)

aku tak nak pegi amek lesen dulu sebab ni la.leceh..kena g dengar ceramah yg lama gile tu, buat ujian undang-undangla, teori la..adehh..senak kepala.


nampak tak betapa banyaknya benda kena buat sebelum dapat lesen? =="




tapi dalam hati memang teringin gile nak bawak kete.hee.. so memang kena amek lesen gak la.. tak sabo rasanya :)
doakan aku cepat-cepat dapat title pemandu kereta tau ^^
 nanti bila da dapat lesen aku nak ajak pegawai JPJ tu buat hoorey macam ni ;p








23.3.12

Allah sebaik-baik perancang

assalamualaikum.. :)
dah lama sangat rasanya tak update kat blog comot ni. rindu..hee..bukan tak ingat nak update tapi masa tak cukup.orang utara cakap tak dan ;)

dalam tempoh aku meninggalkan blog ni (mcm lama sgt je) macam-macam jadi. macam-macam yg datang dan pergi.macam-macam yg dirancang dan macam-macam yg jadi dalam perancangan tu.. bila fikir-fikir bali, betul kata orang, kita hanya merancang, Allah yg menentukan. buatlah perancangan sebaik dan sehebat mana pun, kalau Allah tak izinkan, ia tak berlaku.. sebab Allah adalah sebaik-baik perancang..tapi kita manusia harus ada perancangan dalam hidup kan <3


dan aku.. juga ada perancangan baru. perancangan yg matang, serius dan MUKTAMAD. jadi atau tak tu kat tangan Dia.

dan saat ini juga, dugaan datang bertimpa-timpa. semuanya diluar jangkaan dan aku mengaku, dugaan ini sangatlah berat untuk aku pikul. kadang-kadang rasa tak terdaya nak hadapi ujian Allah ni. tapi bila muhasabah diri, aku sedar, siapa aku nak mempersoalkan kenapa aku diberi dugaan? tu semua hak Dia. jadi nak tak nak kena terima. kan :")

dan aku sedar juga, hati aku tidak akan menjadi kuat dan tabah jika aku tidak diberi dugaan yg berat. sebab tu aku cuba juga kuatkan hati, kuatkan semangat nak tempuh semua ni sendiri. aku tahu, ada kawan-kawan yg tanya, yg ambil berat nak tau masalah. aku hargai sangat perhatian dorang. tapi, maaf kawan, aku masih boleh hadapinya sendiri. walaupun kalian selalu nampak aku menangis, aku termenung, aku pura-pura senyum, tapi aku percaya aku masih boleh pikul beban dugaan ni. 



dan suatu hri nanti kalau aku tak mampu lagi nak tanggung beban ni sendiri, aku harap kalian semua masih sudi sediakan bahu untuk aku menangis, sediakan telinga untuk mendengar, dan sediakan kata-kata semangat untuk aku kuat semula. :)

aku sedang cuba untuk mencari kekuatan :")



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...