Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

21.3.13

kisah dongeng seorang gadis.

kisahnya begini.
gadis itu sebenarnya sudah lama memendam rasa. tapi demi melihat senyum bahagia insan-insan yang penting dalam hidupnya, dia paksakan diri melupakan semua perasaan sedih, kecil hati, marah dan sebagainya itu. dia selalu nampak ceria, selalu pot pet sana sini, selalu jugak terbahak-bahak ketawa sehingga orang sekelilingnya menganggap dia selalu tiada apa-apa. selalu ok. ya. memang dia ok. =)

tapi, mungkin disebabkan terlalu banyak tiada apa-apa itu dihimpunkan, maka hati cekal itu sudah menjadi apa-apa. sudah pandai terasa sana sini, sudah tahu terkecil itu ini. dah la sensitif, tak pandai sorok pulak macam sebelum ni. lalu dalam ramai-ramai kenalan, ada seorang perasan. "ton,(bukan nama sebenar)sekarang ni ton dah berubah jadi sensitipla..." kata usin (bukan juga nama sebenar).

lalu gadis tu pun seperti baru tersedar, kenapa sekarang ni dia selalu saja rasa terkilan, kecil hati sedangkan sebelum ini tidak? dan gadis itu punya jawapan, dia sekarang sensitif kerana orang-orang sekelilingnya yang menjadikannya begitu. dia bukan ingin menuding jari kepada orang lain, tidak sama sekali, tetapi dia juga sedar ada perubahan pada diri mereka semua. gadis itu tidak pernah mengharapkan dia disanjung tinggi atau ditatang molek-molek, tidak. cuma dia inginkan ada ikhlas dalam hati mereka. bukan pura-pura, bukan dalam terpaksa. tapi, gadis itu teringatkan kata seorang sahabatnya, "kita kena sentiasa berlapang dada, turunkan ego, belajar memaafkan,biar orang buat kita, jangan kita buat orang". lalu gadis itu kesat air mata dan terus ukir senyum setulusnya.

sekarang, kisah belum tamat, gadis itu sedang cuba melupakan semua luka, dia cuba juga hilangkan parut yang ada. tapi juga, dia sebenarnya sudah penat mengharapkan apa-apa dari mereka, biarlah dia saja yang setia menebar rasa kasih buat mereka meski terpaksa menjeruk rasa. dia sudah letih menegakkan rumah seorang diri sedang yang lain tidak peduli tiangnya bergoncang, sekah, atau mahu tumbang. tidak mengapa, gadis itu sekarang ingin menghuni rumah seorang diri, tegak tumbang rumahnya, dia sendiri betulkan. tapi gadis itu bertekad dalam hati, andai nanti, ada penghuni baru ingin mendiami, dia akan buka pintu dengan senang hati, tetapi syaratnya, semua penghuni harus ikhlas dalam mengasihi, tidak berpura dalam menyayangi dan tidak punya belati tajam untuk menikam sesama sendiri. 

kisah tidak akan tamat, dan andai kisah ini tamat nanti, semoga ia tamat dengan pengakhiran yang bahagia. insyaallah..

Dia ingin rumah seperti ini, walaupun tampak tak sempurna, tapi masih kukuh meski pasak dihempas ombak.



13.3.13

Persahabatan.

keliru. itu yang aku rasa sekarang. sebelum ini, langsung aku tidak pernah terfikir tentang perkara ini. langsung tidak menjangkakan masalah ini akan berlaku setelah ranapnya salah satu tiang rumah kami. sekarang bergoncang pula satu tiang. Allah..aku tahu semuanya yang Kau aturkan punya rahsia bukan? maka aku pilih untuk terus berani menghadapi.

aku tidak pernah mengaku diri aku baik. langsung tidak pernah. biarla semua orang mengatakan aku jahat, aku rela, daripada mengaku baik tetapi masih melakukan kesilapan. tetapi apa yang aku fikir sekarang, aku buat apa pun, orang tetap tak tahu apa yang aku rasa, apa sebab aku buat sesuatu tu. jadi baik aku teruskan.

kalau mereka tak ingin selamatkan rumah ini, biar aku yang bertindak. biar aku yang terluka. biar aku yang dianggap punca. biar aku yang dianggap berpura. aku sanggup asal penghuni-penghuni yang masih ada ini tetap kuat ikatannya.

seharian aku berfikir, dan ini keputusan aku. maaf, aku terpaksa abaikan amanah, kepercayaan dan harapan anda semua demi satu ukhuwah yang aku amat sayang. maaf kalian, aku juga tak ingin berada dalam keadaan serba salah ini, dan kerana itu aku bulatkan keputusan ini. dalam dua ikatan, aku pilih ukhuwah yang benar. antara hormat dan ikhlas, aku pilih ikhlas. antara nama dan persahabatan, sudah tentu aku pilih persahabatan.

Ya Rabb, semoga dugaan yang kau beri ini terselindung cahaya yang akan beri sinarnya nanti buat kami. beri kami jalan, tunjukkan kami kebenaran. kekalkan kami dengan rasa kasih sayang kerana Mu. kukuhkan ikatan kami ini dengan redhaMu. Aminn...

sahabat-sahabat, senjata kita sekarang hanya doa :")

7.3.13

Tak. Tak Marah Pun.

Pengalaman itu mendewasakan. juga mendidik hati, akal dan jiwa untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. dan hari ini, baru aku sedar, kenapa Allah beri aku segala pahit itu dulu, kenapa Yang Atas sana beri aku peluang melalui pengalaman itu dulu. jawapannya senang, sebab apa yang aku dah lalui dulu, buat aku semakin cekal, semakin matang dalam bertindak juga berfikir. dulu aku seorang yang cepat marah. panas baran. sangat. melenting bila ada yang tak kena. tapi sekarang, aku sedang belajar untuk kawal marah, belajar jadi seorang yang sabar.

dan sekarang pun aku sedang kawal amarah. satu kelemahan aku, aku akan menangis kalau terlalu marah tapi tak mampu luahkan marah tu pada orang yang sepatutnya. detik ini juga aku sudah kesat air mata. maknanya aku tak marah lagi. betul, aku tak marah pun. tapi KESAL ! 

kerana apa? kerana kamu antara orang yang aku hormat, antara orang yang aku kagumi dan PERNAH aku sayang dulu. sebab itu aku kesal, kamu dah buat aku hilang hormat pada kamu. tapi aku tak marah kamu. tak ! tapi aku SEDIH.

sebab apa?sebab kamu masih belum mahu berubah, masih berpura-pura, malah masih menajamkan lidah kamu untuk menjatuhkan, memporak-perandakan dan mengucar-kacirkan orang lain !

tak mengapa. aku tetap tak marah. kamu bertuah sebab kenal aku sekarang dan bukan dulu. aku yang sekarang, tetap senyum, tetap diam dan tetap sabar walaupun apa yang kamu dah buat ni dah keterlaluan. kalau apa yang kamu buat ni pada aku yang dulu, panas telinga kamu dengar amuk amarah aku.

Terima kasih tuhan, sebab hadiahkan pengalaman-pengalaman dulu yang mematangkan aku dalam berdepan dengan manusia jenis ini. Terima kasih juga kerana kurniakan aku sahabat-sahabat yang ajar aku untuk jadi sabar dan sentiasa bersangka baik dengan orang =)

semoga aku masih terus boleh kawal marah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...