Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

14.1.12

Biar Gambar Bercerita : betapa aku sayangkan kalian!

bila berpegang tangan,pastikan erat
bila bertautan hati,pastikan kukuh
bila bercantum jiwa,pastikan indah
bila bersahabat,pastikan kerana Dia :)













sahabat yang baik tidak akan lepaskan genggaman tangan sahabat dia walau tika susah dan senang.kerana mereka bersahabat demi Allah :)


13.1.12

Cerpen Untuk Dr Misran (Bahagian Akhir)

Aku membelek cincin belah rotan di dalam bekas berbentuk hati tersebut. Hatiku berbolak-balik. Tidak keruan. Setelah empat tahun aku menamatkan pengajian di universiti, ini adalah kali keempat diriku dilamar. Tiga lamaran sebelum ini aku tolak setelah menilai sikap lelaki yang ingin memperisterikan aku. Masih segar diingatan, saat aku berada di tahun akhir pengajian, umi menghubungiku dan menyampaikan berita seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti di Timur Tengah datang merisik. Kata umi, orangnya dari keturunan baik-baik, bapanya seorang guru agama di sebuah sekolah tahfiz. Aku yang ketika itu sedang buntu, hanya mampu berserah kepada Yang Esa. Aku melakukan solat istikharah, memohon agar Allah tunjukkan apakah lelaki ini adalah jodohku. Alhamdulillah, Allah membantu aku. Seminggu selepas itu, aku mendapat panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. Kata-katanya penuh dengan pujian terhadapku dan disulami juga kata-kata romantis. Pemanggil itu mengaku bahawa dia adalah Ziyyad, lelaki yang merisikku. Katanya, dia mendapat nombor telefonku dari seorang kenalanku. Ketika itu juga, aku sudah punya keputusan terhadap lamarannya. Aku terangkan kepada abah dan umi, seorang lelaki yang ikhlas dan zuhud akan bersabar dan akan mengawal dirinya dari menghubungi seorang wanita yang bukan muhrimnya kecuali mempunyai tujuan di jalan Allah. Tetapi lelaki ini seolah cuba menggoda hatiku dengan kata-kata cintanya. Alhamdulillah, abah dan umi menerima alasanku.
     
     Lamaran kedua dan ketiga juga aku tolak setelah mendapat petunjuk bahawa mereka bukanlah jodohku. Aku akui, semua lelaki yang melamarku adalah seorang yang sempurna di mata orang, termasuk ibu bapaku. Lelaki kedua contohnya, seorang pensyarah di sebuah universiti. Tetapi aku tidak dapat menerima caranya yang seringkali mengirimkan pesanan ringkas seolah-olah mendesakku menerima lamarannya. Lelaki ketiga pula seorang guru agama di sebuah pusat pemulihan akhlak. Umi seolah cuba melakukan provokasi dengan mengatakan lelaki ini seorang yang kacak dan baik budi pekerti. Aku juga hampir termakan sogokan umi apabila tidak menerima sebarang pesanan ringkas mahupun panggilan daripada lelaki tersebut selepas tiga minggu lamarannya tiba. Namun aku bersyukur, di saat aku ingin membulatkan keputusanku menerima lamaran tersebut, Allah memberiku petunjuk. Tanpa kuduga, lelaki bernama Adam itu mengunjungiku di universiti tempat aku bekerja. Katanya dia sengaja singgah ke tempat kerjaku untuk bertanya mengenai lamarannya tempoh hari. Lantas kukatakan bahawa aku terpaksa menolak lamarannya. Aku tahu abah dan umi sedikit kecewa dengan keputusanku. Namun, aku punya prinsip sendiri. Bukankan dalam Islam sendiri mengatakan bahawa jika seorang lelaki ingin menikahi seorang wanita, maka lelaki tersebut harus menggunakan perantara atau orang tengah untuk berbincang? Namun ketiga-tiga lelaki yang ingin menjadi suamiku ini tidak menggunakan orang tengah untuk menghubungiku. 

     “Aina, umi harap Aina tidak tolak lamaran kali ini, ya. Abah dan umi rapat benar dengan keluarga mereka ni. Kami kenal semasa sama-sama mengerjakan haji dua tahun lalu. orang tuanya baik, pasti anak mereka juga baik.”
Kata-kata pujukan umi mematikan lamunanku. Aku hanya tersenyum memandang umi.
“Insyaallah umi, kalau sudah tersurat lelaki ini jodoh Aina, pasti Aina terima.tapi beri Aina sedikit waktu ya, umi.”

     Tiga minggu berlalu. Aku tidak pernah berhenti melakukan istikharah untuk meminta petunjukNya. Hatiku lapang sepanjang tiga minggu ini. Lelaki yang melamarku juga langsung tidak menghubungiku. Aku seperti dapat merasakan bahawa dialah bakal khalifah hidupku. Malam itu, selepas melakukan solat tahajud beserta istikharah seperti kebiasaannya, aku mendapat mimpi yang aneh. Aku berpakaian serba putih sedang duduk bersimpuh dan memegang sebentuk cincin. Subhanallah, mungkin Allah sudah memberiku alamat tentang jodohku. Keesokannya aku mendapat panggilan dari seorang wanita yang mengaku kakak kepada lelaki yang melamarku. Aku tersenyum saat kakaknya bertanyakan jawapan lamaran mereka tempoh hari, lalu aku katakan jawapan sudah ada pada orang tuaku.

     Seminggu selepas itu, aku sah menjadi tunangan orang. Tetapi aku dan tunangku itu langsung tidak pernah bersua. Ya, semasa hari pertunanganku tempoh hari, lelaki itu turut hadir, tetapi semasa aku dibawa keluar untuk disarungkan cincin, aku hanya tunduk dan langsung tidak memandangnya. Aku teramat malu. Sebaik sahaja cincin disarungkan, terus sahaja aku berlalu ke bilik. Sepanjang tempoh pertunangan juga, tunanganku langsung tidak menghubungiku. Aku tidak kecewa malah selesa dengan keadaan sebegitu. Malah bagiku, ikatan sebagai tunang bukanlah tiket untuk menghalalkan hubungan kami termasuk hubungan hati.


     Hari bersejarah buatku tiba dua bulan selepas itu. Hatiku berdebar-debar, menanti saat aku disahkan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang langsung tidak ku kenali. Aku hanya mendengar khutbah nikah yang disampaikan oleh jurunikah di balik langsir masjid. Apabila kain langsir di tengah-tengah ruang masjid itu sedikit tersingkap, aku dapat melihat bakal suamiku dari arah belakang. Hatiku semakin berdegup kencang.
   “Muhammad Zuhdi Bin Ahmad Nasir, aku nikahkan dikau dengan Aina Wafiyah Binti Halim dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”

     “Saya terima nikahnya Aina Wafiyah Binti Halim dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”
Aku tersentak mendengar akad ijab dan kabul tersebut. Nama yang disebut juru nikah tadi seperti amat dekat denganku. Tetapi dengan suasana sebegitu, aku tidak dapat berfikir dengan jelas. 

     “Aina, hulur tangan kamu tu. Suami kamu nak sarung cincin.” Aku tersentak mendengar bisikan Mak Uda. Lantas kuhulurkan jari. Hatiku berdegup laju saat tangan kasar  itu menyentuh jemariku. Aku hanya menunduk. Air mata yang ku tahan dari tadi seakan sudah penuh di empangannya.

“ Dah tak nak pandang abang ke?”

     Aku terus mendongak mendengar bait kata tersebut. Air mata terus mengalir sebaik melihat wajah tersebut. Zuhdi! Ya. Zuhdi yang dulunya meninggalkan aku kerana Allah, kini kembali kepadaku, juga kerana Allah. Ya Allah, besarnya kekuasaanmu, Ya Allah! Aku memejamkan mata saat dahiku dikucup suami tercinta. Rasa bahagia menyelinap ke segenap ruang tubuhku. Syukur padamu Ya Allah.

    “Abang, Fiy macam tak percaya yang Fiy dah jadi isteri abang. Lima tahun kita tak berjumpa, tak berhubung, tapi sekarang abang dah jadi suami Fiy.”  Aku merenungnya.

    “Sayang, ni semua kuasa Allah. Abang pun tak tahu yang gadis yang emak pinangkan untuk abang hari tu adalah Fiy. Cuma emak bagitahu abang yang calon menantunya bernama Aina, cantik dan ada ilmu agama. Abang terima je siapa yang akan jadi isteri abang asalkan ada agama.”

    Aku tersenyum mendengar jawapannya. Aku juga ikhlas menerimanya dahulu kerana agamanya walaupun aku tidak kenal siapa bakal suamiku ketika itu. Ternyata Allah itu Maha Kuasa. Dia kembalikan Zuhdi kepadaku dengan cara yang hebat. Lima tahun aku berjaya melupakannya, juga berjaya mengikis cintaku kepadanya. Namun hari ini, Allah datangkan kembali rasa cinta itu tetapi cinta yang lebih agung iaitu cinta seorang isteri kepada suaminya. Subhanallah! Sesungguhnya dialah pemilik hatiku setelah Allah dan Rasul.

Muhammad Zuhdi
Cinta antara aku dan isterikuku Wafiyah kini seperti cinta antara dua orang insan yang baru berkenalan sedangkan dahulunya kami pernah menyulam cinta bersama. Ternyata Allah kurniakan cinta yang baru kepada kami malah lebih nikmat daripada rasa cinta lima tahun dahulu yang punya segala batas dan sempadan. Benar kata Ustaz Muammar dahulu, andai benar dia adalah jodohku, pasti dia menjadi milikku.
Aku tersenyum mengenang saat ibuku beria-ia menyuruhku pulang melihat gambar gadis yang ingin dipinangya buatku. Katanya gadis itu manis, bertudung litup, bicaranya sopan. Namun aku tidak pulang ke kampung. Bagiku jika molek dimata emak, maka molek juga dimataku. Pada hari pertunangan kami juga aku tidak berpeluang melihat calon isteriku kerana dia hanya menunduk. Aku pula hanya menjeling sedikit dan tidak pula merenung gadis itu dalam masa yang lama kerana takut orang sekelilingku manaruh curiga. Tambahan pula aku teramat malu ketika itu. Sepanjang tempoh bertunang juga aku memberi ruang kepada dia dan diri aku sendiri untuk mempersiapkan diri untuk menempuh alam perkahwinan. Segala urusan pernikahan aku serahkan kepada keluarga kerana aku sedang sibuk menguruskan kes di mahkamah ketika itu. Aku hanya mendapat tahu bahawa calon isteriku adalah Wafiyah setelah pulang seminggu sebelum majlis pernikahan melalui gambar yang ada dalam simpanan emak. 
“Abang, jomla masuk. Sejukla duduk lama-lama kat luar ni.” Aku tersenyum mendengar suara isteri kesayanganku. Aku renung matanya yang bersinar. Nyata aku dapat melihat keikhlasan dalam matanya. Syukur Ya Allah, sesungguhnya dialah pemilik tulang rusuk kiriku selama ini.


10.1.12

doa seorang kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



terima kasih kepada sahabat aku yuna dan madihah sebab bagi lagu ni di saat diri dan iman hampir rebah kerana diduga dengan sesuatu yang amat menyakitkan. mereka beri dorongan, mereka cuba menghiburkan. dan aku sedar, aku masih ada insan yang menyayangi walaupun "dia" pergi dan melukakan hati.
insyaallah.aku cuba untuk melupakan segala rasa sakit ini dengan cara aku sendiri. aku tahu, aku perlu mengharungi lebatnya hujan untuk menikmati indahnya pelangi. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku yang sentiasa berbolak-balik ini..Amin..


tidak akan ada lagi cinta buat masa ini.. 

7.1.12

nak air :(

UKM sekarang ada krisis yang sangat menyayat hati (ayat biar over cket)
masuk hari ni, dah EMPAT hari air tak ada. empat hari ok!
dah la sekarang minggu exam.. cobaan..~


hari pertama boleh mandi lagi walau air mengalir sangat perlahan dari siput bab* berjalan
hari kedua kena mandi kat surau tempat amek wuduk =,=
hari ketiga pegi tumpang mandi kat kolej lain :'(
hari keempat a.k.a hari ni packing kain baju terus cabut berkampung kat kolej member yang ada air! >,<


nak air nak air nak air

    ada orang tegur walaupun xda air jangan merungut, dugaan..bukan merungut.tapi merungut la jugak. gramatis tak ayat? hee dlm UKM ni bukan saya sorang je tau cakap pasal air ni. akak pelangi ngan yana pon cakap jugak..hehe. kat pesbuk sana boleh dikatakan semua pelajar ukm paling tidak akan ada satu status pasal masalah air atau negeri aku cakap ayaq ni. 
   heyy!! sekarang bukan masalah merungut ke tidak. kita bersuara bukan bermaksud merungut tapi menunjukkan respon kita bila timbul masalah ni. takkan nak dok diam je bila jadi macam ni. nanti orang-orang atas sana rasa yang kita ni xkisah dan akan cakap xde hal punya lah! bila xde air. paham? ha kan dah membebel..ish3..

p/s: sempat jugak update kat belog ungu ni walaupon tengah exam. ahh xda mood study sebab xda air (alasan)
~ pak cik google yg bagi gambar ni ;p

1.1.12

Entri Pertama 2012 !

salam 2012, salam tahun baru.. :)
yeayy ini adalah entri sulung aku untuk tahun 2012.. ingat nak post tepat-tepat pukul 12 tadi.tapi xjadi sebab ada keje lain..heee

takde apa pon nak tulis sebenarnya, sebab ucapan selamat tahun baru dah wish dah kat entri semalam..0_o

cuma malam ni apa yang aku usha dekat pesbuk, ramai yang post status pasal azam tahun baru.. bagusla ada azam..


tapi

sendiri ingatla :)

tapi aku tak update azam tahun baru kat pesbuk, aku cuma bagi peringatan kat kawan2 doakan keamanan dunia. eh overnya ayat. ngee


bukan apa, kalau malam tahun baru mesti banyak  ramai pasangan remaja yang keluar sambut kan.. nak sambut boleh dik, tapi jangan sampai bulan september nanti terjumpa pulak  baby2  comel yang tak berdosa kat tong sampah, tepi tangga masjid, dalam semak, dalam lubang najis dan mana-mana lagilah. sekadar peringatan. peace ^^

untuk readers semua, ni untuk anda KLIK


   p/s: terima kasih pak cik Google sebab menyumbangkan gambar XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...