aku kira setiap umat manusia di dalam dunia ini tidak dapat lari daripada ditimpa kesusahan dan dilanda perasaan sedih. semua orang akan hadapinya bukan?
bezanya, adalah adakah semua orang itu mampu keluar dari kesedihan atau sebaliknya.
mungkin aku golongan yang boleh keluar dari kesedihan. tapi aku rasa, aku tidak keluar sebaliknya cuba menyembunyikan diri dalam sedikit senyuman.
aku dah berjaya menutup segala kesedihan ini di hadapan semua orang. dan aku ingat, bila aku bersembunyi begini, aku akan bahagia dan tidak sedih lagi, nyata aku silap. hakikatnya bersembunyi dan berpura-pura tabah adalah sesuatu yang menyakitkan dan memakan diri sedikit demi sedikit.
tapi lebih baik jika hati sendiri sakit daripada melihat orang-orang yang aku sayang turut sama bersedih bersama aku bukan? lalu aku klasifikasikan diri aku sebagai seorang yang berjaya keluar dari sebuah cerita sedih. aku mahu nampak tabah dan kuat di hadapan semua orang, aku ingin menjadi seorang yang ceria dan menceriakan hidup orang lain, aku suka melihat orang sekelilingku ketawa bahagia. semua itu cukup indah bagi aku. Demi Allah, aku sangat bahagia melihat kesayangan-kesayangan aku gembira !
beginilah sebaiknya :")
*gambar sedih dari uncle google

org yg suka ketawa & menggembirakan hati org lain tu,adalah org yg suka menangis bila dia bersendirian...semoga tabah ye
ReplyDeleteye mungkin betul..sebab tu sy cuba ta ah untuk org lain..terima kasih kak :)
Delete