biasa aku dengar, kawan-kawan cakap "ala, neeya tu nak terasa hati? haha dia tu kalau kena hamun pon boleh gelak lagi"
dan aku
cuma senyum.
terluka lagi, dan senyum lagi.
ya, orang nampak aku kasar, kata apa saja dan aku boleh gelak lagi. kutuk seteruk mana pun, aku senyum lagi.
kata senior aku dulu " tak berani nak main kutuk-kutuk dengan si A sebab dia lembut, nanti tacing. tak sampai hatila nak usik B, dia cepat terasa. neeya takpe, jiwa kental, hati kebal. dan aku senyum, seolahnya senyum tu mengiyakan kata si senior.
hakikatnya
aku juga punya hati, aku juga boleh terasa. dan aku juga selalu tacing. tapi kenapa aku senyum? sebab aku pegang prinsip,
KALAU DENGAN MELUKAKAN HATI AKU MAMPU MEMBUATKAN MEREKA BAHAGIA, AKU RELA.
mungkin betul aku kasar, boleh gelak huhahuha lagi bila kena kutuk, tapi dia, dia dan dia tak tahu apa aku rasa ketika tu. adakala aku mengharap jugak orang lain faham apa sebenarnya yang ada dalam hati, tapi tika itu juga aku faham, tak semua boleh faham aku. lalu aku senyum lagi,
dan sekarang, aku tak mahu berdoa agar mereka mengerti aku, tapi aku mohon padaNya, agar hati dan perasaan aku ditambahkan kekebalan dan kekuatan agar aku mampu buat orang lain gembira.
senyum

0 Pancaran Ungu:
Post a Comment