Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

8.11.11

ajal maut itu kerja Allah~

pukul 2.30 pagi tadi..kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan daripada sepupu saya bahawa datuk sudah pergi mengadap Ilahi akibat sesak nafas secara tiba-tiba. 

saya hanya tergamam mendengar berita tersebut. bagai tidak percaya. baru sahaja dua hari yang lepas iaitu pada hari raya pertama kami melawat arwah di rumahnya. masih jelas di mata betapa ceria wajah tua itu menyambut kedatangan anak cucunya petang itu. 

masih teringat guraunya kepada kami semua cucunya.
" cucu tok wan ramai perempuan. nanti kalau tok wan sakit sapa nak tolong angkat tok wan"

Ya Allah...

sebak saya bila mengingat kembali kata-katanya pada masa itu. tetapi saya dapat lihat hari ini semasa mengusung keranda jenazah, semua yang mengusung keranda dari rumah ke atas kenderaan jenazah adalah cucu dan cucu menantu lelakinnya. juga semasa mengusung keranda dari dalam masjid ke tanah perkuburan juga semua cucu dan cucu menantu lelakinya.

hari ini juga saya bermuhasabah diri. ternyata ajal maut semuanya di tangan Allah. kita tidak dapat meramal bila masanya nyawa kita akan diambil Yang Esa. seperti arwah datuk, pemergiannya sangat mengejutkan kami semua kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini. malah arwah masih kuat berkerja menukang rumah dan memasang parabot di serata ceruk kampung walaupun sudah dilarang oleh anak-anaknya. 

akan tetapi.. kuasa Allah siapa yang tahu. semoga arwah datuk atau tok wan bagi saya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al fatihah..





suka entri ini?

4 comments:

  1. sabarlah, semua orang akan merasainya keran setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. kita yang hidup ini haruslah mneruskannya dengan sebaik mungkin. sedih itu perlu tetapi jika meratap akan pemergian tersebut tidak digalakkan dalam Islam.

    ReplyDelete
  2. tankz..
    meratap tu tidak tapi kejadian yg mengejut 2 membuatkn saya sedih.. hanya doa sebagai hadiah..

    ReplyDelete
  3. itulah yang terbaik..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang diredhai..amin..(rindu mak saya)

    ReplyDelete
  4. amin..kalau rindu arwah mak awk sedekahkan al fatihah je..yg selamatkn arwah kt sana kan doa anak yg soleh:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...