Saya tidak pernah dan tidak akan mempertikaikan kerja-kerja yang diberi kepada pelajar seperti saya kerana itu sudah menjadi tugas kami sebagai pelajar untuk melaksanakannya.
tapi..
saya tidak berpuas hati dengan ketahanan mental saya untuk menghadapi semua ini. saya mudah merasa tertekan apabila saya tidak dapat melaksanankan semua tugasan. tugasan luar akademik juga kadangkala menambahkan tekanan saya.
minggu hadapan insyaallah, projek okestra IPTA akan berlangsung. rasanya tidak sabar untuk menunggu hari tersebut kerana selepas itu, sedikit bebanan saya akan berkurang. tetapi untuk pertama kali saya melibatkan diri dalam menguruskan program besar seperti ini, saya nekad untuk melaksanakan tugas saya dengan sempurna.
STRESS, semoga kehadiran kamu tidak menjatuhkan saya tetapi meningkatkan semangat saya :)
saya akan tukarkan wajah saya dari ini
kepada ini
suka entri ini?



0 Pancaran Ungu:
Post a Comment