Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

27.3.12

entri ini untuk kamu..



kamu yang dulunya sahabat..
terima kasih yang tidak terhingga kerana tak pernah jemu mendengar luahan rasa hati, mendengar esak tangis,mendengar rungutan dan amarah, juga mendengar sorak gembira aku dari dulu hingga kini..

kamu yang kini menjadi pelindung..
terima kasih kerana saban hari bertanya khabarku, menjaga sihat demamku, menegur silapku,mengingatkanku  bila alpa dan terleka, membimbing langkahku, menjadi air yang menyejukkan tika baran aku tiba juga menjadi guru tentang apa sahaja yang aku tidak tahu..

kamu si cinta hati..
terima kasih kerana menerima baik burukku, terima kasih kerana sudi berkongsi bahagia bersama, terima kasih kerana menjadikan aku tempat meluahkan segala dan terima kasih kerana menjadi penawar luka lama..



kamu si jantung hati..
tetapi.. dalam kita menyulam kasih, dalam kita ketawa bahagia, aku, dan kau juga seakan terlupa, kasih kita ini milik Allah, yang kita miliki hari ini hanya sementara, Dia berhak menarik balik segala rasa cinta dan bahagia ini jika itu kemahuanNya..

Lalu..
janganlah berani kamu berikrar atas nama cinta, berjanji sumpah setia dan bertekad hidup mati bersama..
kerana kita manusia biasa yang hanya bijak merancang..kau dan aku harus sedar, bahawa jodoh, ajal dan pertemuan itu di tangan Ilahi. kita hambaNya, hanya punya doa sebagai pengantara.. jadi Cinta Hati, berdoalah semoga kau dan aku mendapat keredhaanNya untuk terus bersama kelak :)



0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...