Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

23.3.12

Allah sebaik-baik perancang

assalamualaikum.. :)
dah lama sangat rasanya tak update kat blog comot ni. rindu..hee..bukan tak ingat nak update tapi masa tak cukup.orang utara cakap tak dan ;)

dalam tempoh aku meninggalkan blog ni (mcm lama sgt je) macam-macam jadi. macam-macam yg datang dan pergi.macam-macam yg dirancang dan macam-macam yg jadi dalam perancangan tu.. bila fikir-fikir bali, betul kata orang, kita hanya merancang, Allah yg menentukan. buatlah perancangan sebaik dan sehebat mana pun, kalau Allah tak izinkan, ia tak berlaku.. sebab Allah adalah sebaik-baik perancang..tapi kita manusia harus ada perancangan dalam hidup kan <3


dan aku.. juga ada perancangan baru. perancangan yg matang, serius dan MUKTAMAD. jadi atau tak tu kat tangan Dia.

dan saat ini juga, dugaan datang bertimpa-timpa. semuanya diluar jangkaan dan aku mengaku, dugaan ini sangatlah berat untuk aku pikul. kadang-kadang rasa tak terdaya nak hadapi ujian Allah ni. tapi bila muhasabah diri, aku sedar, siapa aku nak mempersoalkan kenapa aku diberi dugaan? tu semua hak Dia. jadi nak tak nak kena terima. kan :")

dan aku sedar juga, hati aku tidak akan menjadi kuat dan tabah jika aku tidak diberi dugaan yg berat. sebab tu aku cuba juga kuatkan hati, kuatkan semangat nak tempuh semua ni sendiri. aku tahu, ada kawan-kawan yg tanya, yg ambil berat nak tau masalah. aku hargai sangat perhatian dorang. tapi, maaf kawan, aku masih boleh hadapinya sendiri. walaupun kalian selalu nampak aku menangis, aku termenung, aku pura-pura senyum, tapi aku percaya aku masih boleh pikul beban dugaan ni. 



dan suatu hri nanti kalau aku tak mampu lagi nak tanggung beban ni sendiri, aku harap kalian semua masih sudi sediakan bahu untuk aku menangis, sediakan telinga untuk mendengar, dan sediakan kata-kata semangat untuk aku kuat semula. :)

aku sedang cuba untuk mencari kekuatan :")



0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...