Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

22.6.12

Entri Panjang :Selamat Tinggal Semester 4 !

Baru selesaikan empat paper..Alhamdulillah..masih ada dua paper yang menunggu.. #stress#
tak tahu kenapa, semester ni rasa macam sekejap je.tup2 dah final exam..dah nak cuti semester. lepas ni dah  masuk final year..bermakna lagi dua semester aku akan tamatkan pengajian 0_o


KENANGAN SEMESTER 4...


apa kenangan aku dalam semester 4 ni ye? ya. semester 4 ni la yang paling membebankan aku. bukan beban sebenarnya, tapi menuntut komitmen. semester ni paling banyak program yang aku kena handle.bilik ni cuma macam tempat persinggahan, balik lewat pagi tido, bangun esok pagi terus keluar sampai lewat pagi pulak baru balik. aigooo...


masa cuti semester hari tu, aku kena balik UKM  2 minggu awal sebab ada Pesta Pantun Integrasi Budaya..walaupun tak menang, its ok..cari pengalaman.. :)




Aku tengah jawab pantun dengan gighnya.. :D

Lepas je selesai Pesta Pantun, terus sambung dengan program Hari Keluarga Kolej.. sebagai Ketua Program, memang sangat penat, dengan penat berjaga untuk pantun tak hilang lagi, berjaga pulak utk program ni..berhari tak tidur =="


Hari Keluarga Yang Happening :)

Sebenarnya, masa tengah sibuk uruskan pasal Family Day ni, aku dah ada latihan pantun untuk Pesta Pantun Bestari 2012. tapi aku tak dapat bagi dua komitmen dalam satu masa. so, aku setelkan family day dulu. Lepas je selesai program 2hari ni, esoknya terus sambung dengan latihan pantun.. masa dalam latihan pantun ni jugak ada pertandingan pantun lain peringkat saringan dalam fakulti. haa amek kau. kelam kabut tak sudah. masa separuh akhir pantun ni jugak, aku kena bersiap untuk ke Universiti Malaya untuk Pantun Bestari. tak sempat dengan keputusan, terus berkejar ke UM. tapi dapat tau yang team aku dapat ke final. hee :)


Pantun Bestari .. UKM (B) vs UIA masa ni.. tak tau la kenapa muka aku sedih.. haha :P

Alahamdulillah, pasukan UKM (A) dan UKM (B) berjaya sampai ke suku akhir je.. xpe dah usaha kan :")
lepas balik dari UM, balik kampung dalam 2 minggu sebab cuti pertengahan semester, lepas balik cuti, terus pulak sambung dengan program-program Pusat Pengajian..mula-mula pertandingan tenpin boling

team boling aku Diva Propa. haha nama team pon da propa kan ="
*abaikan masalah gambar kabur tu ;p

selang dua tiga hari sambung pulak dengan program terbesar pusat pengajian aku, Hari Kecemerlangan Dan Apreasasi Seni 2012. yang ni pon memang penat gila sebab aku Pengarah Program. pulak tu antara acara dalam ni pertandingan pantun peringkat akhir, team aku dengan team senior, pulak tu lagi, aku kena handle dua sketsa, sebagai persembahan pembukaan dan penutup program. kisahnya, memang panda sangat mata masa ni seminggu tak tido malam. @_@

Barisan Exco yang suka mencapap ;p


pertandingan pantun akhir..lihat team aku berbaju pink
nampak? lagi gambar disnap ketika aku gigih menjawab pantun ;p

Alhamdulillah, team aku dapat johan dan program 3 hari ni berakhir dengan jayanya. dan esoknya pula aku ada Pesta Pantun UKM pulak..so, lepas penat handle program ni, malam tu aku dan team berjaga siapkan pantun untuk pertandingan esok. memang macam orang mabuk todi aku rasa. pegi lawan pon blurr je.. tapi akhirnya masuk final jugak. alhamdulillah :)

tengah berentap
akhirnya kami juara :)

kesibukan tak berakhir di sini. lepas tu aku dan beberapa pemantun lain diminta menjadi jurulatih pantun kepada pelajar Permata Pintar Negara..sekolah dorang dalam ukm.. masa ni jugak aku kena handle projek kursus DramaMelayu dan jadi pengarah program dinner pusat pengajian. so kena lagi bagi tiga komitmen dalam satu masa ==" 
siang pegi kelas, malam pukul 8 dah terpacak kat fakulti untuk latihan drama dan gerak kerja pementasan dan dinner, kadang2, skip untuk drama dan pegi latihan pantun adik-adik permata..penat memang penat, tapi aku suka buat apa yang aku minat, so tak kisah penat pon. tido pukul 2pagi lepas tu pukul 5.30 pagi dah bertolak ke hulu selangor untuk pertandingan pantun tu.memang mata rabak habis tapi tetap senyum.haha :)

masa bawak adik-adik permata ke Hulu Selangor,
pertandingan pantun peringkat negeri

Dinner Pusat Pengajian

balik dari bawak dorang ni lawan pantun,esoknya terus dinner tu. memang rasa macam nak pengsan masa tu. pementasan drama yang aku kena handle pulak tinggal lagi beberapa hari..so selesai je pertandingan pantun budak-budak ni dan dinner terus aku fokus kat pementasan drama. projek ni la yang paling menguji kesabaran. menjadi ketua pengarah kepada 60 orang dibawah kita, memang macam2 perangai yang boleh jumpa. kadang2 aku hilang sabar, tapi aku teruskan..

gigih jadi mekap artis :P

pementasan berlangsung

dan berakhir dengan jayanya :)

dengan berakhirnya pementasan drama melayu ni, maka berakhirlah segala program aku semester ni. lepas tu terus sibuk dengan pembentangan dan exam.. semua kenangan dalam semester ni tak akan dilupakan walaupun banyak juga duka semasa menjayakan semua ni. ni kan salah satu proses mematangkan diri =)

semester depan, mungkin aku tak sesibuk ni sebab dah tahun akhir, kena tumpu pada belajar, tapi tak akan juga aku duduk diam tanpa buat apa-apa. tanggungjawab masih ada semseter depan..cuma berharap aku kuat lagi untuk dugaan selepas ini. 

Selamat Tinggal Semester 4 yang banyak kenangan, tak sabar menunggu semester 5 !~
















0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...