hari ni nak cerita panjang.
pertama kali menjejakkan kai di bumi UKM ini, aku menangis. aku peluk erat-erat emak, aku cium pipi kakak. dalam fikiran aku, aku bayangkan mcam mana aku ingin hidup di sini tanpa keluarga tercinta? aku menangis semahunya bila keluarga meninggalkan UKM, meninggalkan aku sendiri di bilik yang asing itu.
tak pernah aku terfikir untuk punya keluarga disini, kerana keluarga aku sebelum ini hanyalah saudara-mara yang mempunyai talian darah semata-mata. tak pernah aku jangka bahawa aku akan bertemu dengan insan-insan yang sangat menyenangkan hati sehingga akhirnya ku anggap keluargaku di UKM ini.
mereka :)
ni along
ni angah
ni acik
dan aku ayong..tak perlu la letak gambar aku.. hanya Allah je tahu macam mana aku sayangkan mereka..
setelah satu tahun di sini, Alhamdulillah, aku berpeluang lagi menjalin ukhuwah dengan insan-insan yang punya keikhlasan dalam bersahabat. pertemuan kami hanya kebetulan. tetapi pada pertemuan pertama, kami sudah mesra dan akhirnya kami seperti sebuah keluarga besar. aku kenal mereka ketika mewakili UKM untuk pertandingan pantun. hubungan kami terus erat meskipun selepas pertandingan. kami masih saling berhubung, berjumpa dan sering juga berkongsi cerita, suka atau sebaliknya. jujur, aku anggap mereka saudaraku di sini, kerana aku dapat rasakan, antara kami, saling punya rasa kasih sayang yang erat satu sama lain.
ini keluarga besar kami :)
dan sekarang pulak..bertambah lagi keluarga aku. dikurniakan pula adik-adik yang sangat manja, bijak dan paling penting pandai hormat orang.. perkenalan yang hanya pada mulanya sebagai jurulatih pantun mereka, akhirnya terus menjadi adik-adik yang aku sayang. aku memang sukakan budak-budak..mereka sebenarnya bukan budak-budak sangat sebab dah 17 tahun..tapi mungkin disebabkan aku tak ada ramai adik, (hanya seorang adik) aku suka melayan budak-budak ni. aku tak ada adik perempuan, jadi ada antara mereka yang aku sangat manjakan. insyallah, ukhuwah ini juga aku akan jaga sebaiknya :)
adik-adik :)
kenapa aku ceritakan semua ni? sebab aku sangat menghargai mereka semua dalam hidup aku. aku terharu bilamana mereka bukan sahaja ada tika aku ketawa suka, malah masih ada, setia bersama di saat aku dilanda kecewa dan duka. syukur padaMu Ya Allah, kerana temukan aku dengan insan-insan ini. Berkatilah Ukhuwah kami ini, dan peliharalah kasih sayang antara kami, insyaallah, sampai syurga. Amin..
:: entri tentang seorang kakak aku di ukm dah tulis di SINI





.jpg)

0 Pancaran Ungu:
Post a Comment