Sebenarnya memasak ini sudah menjadi hobi baru saya semester ini. ternyata hobi ini bukanlah wujud sendiri tetapi timbul kerana dirangsang oleh minda saya sendiri. dan terima kasih kepada pensyarah penulisan kreatif saya Dr Mawar kerana memberi inspirasi kepada saya untuk menyukai bidang masakan yang sebelum ini tidak pernah saya gemari. jika bukan kerana tugasan menghasilkan blog dan cerpen bertemakan masakan ini, saya kira saya masih seperti dulu. yang tidak suka memasak dan tidak pernah mahu ambil tahu nama-nama masakan yang saya jamah.
Saya dan teman sudah merancang untuk keluar membeli bahan memasak sejak semalam lagi namun pagi ini saya tidak dapat ikut serta untuk membeli-belah kerana kurang sihat. pada mulanya kami merancang untuk memasak juadah makan tengah hari, tetapi disebabkan dua teman saya terlewat bertolak ke pekan kajang, kami memutuskan untuk memasak juadah makan malam sahaja.
Selepas manghrib, kami mulakan sesi memasak. ringkas sahaja menu kami malam ini.sup brokoli bebola ikan. bahannya hanya sayur brokoli, bebola ikan dan perencah sup sayur.
Cara untuk memasak sup brokoli ini juga sangat mudah. bak kata emak saya "campak-campak" sahaja. walaupun ringkas, ternyata juadah makan malam kami sebentar tadi sangat menyelerakan. :)
sup brokoli dan bebola ikan
Saya baru menyedari bahawa aktiviti memasak adalah sesuatu yang menyeronokkan. sebelum ini, saya hanya menganggap memasak itu melecehkan. dan sebenarnya saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung dan menuntut ilmu memasak daripada emak saya..:)
0 Pancaran Ungu:
Post a Comment