Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

18.12.11

Cerpen Untuk Dr Misran (Bahagian 1)

"Kamu Pemilik Hati Setelah Allah Dan Rasul"




Muhammad Zuhdi
ASTAGHFIRULLAHALAZIM, aku mula sedar kekhilafan yang aku lakukan. Selama hampir lima tahun aku berdakwah, menyebarkan ilmu Allah di setiap pusat pengajian, di IPTA mahupun IPTS, aku menyampaikan tazkirah dan kuliah subuh di masjid universiti saban minggu, namun aku alpa akan sesuatu. aku leka. Aku terlalu asyik dengan nikmat dunia. Masyaallah.
            Aku nekad. Aku perlu keluar dari semua ini. Aku tidak boleh terus menjadi mangsa mainan iblis laknatullah. Bukan hanya aku. Aku juga telah menjerumuskan seorang lagi hamba Allah yang suci hatinya ke arah perbuatan yang dimurkaiNya. Lantas aku terbayang wajah ayu Wafiyah, kekasihku selama tiga tahun ini. Kekasih? Aku mengucap lagi. Buntu. Sebak. Aku perlu membuat keputusan sekarang juga. Kata-kata Ustaz Muammar masih terngiang di telinga.
         “Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
            Tetapi bukankah hubungan cinta antara aku dan Wafiyah berlangsung dengan perlakuan yang tidak menjurus ke arah maksiat? Kami tidak pernah bersentuhan tangan, tidak pernah berbicara mengenai sesuatu yang menaikkan syahwat apatah lagi berpelukan dan bercumbuan seperti kebanyakan pasangan muda yang lain. Malah, setiap pertemuan dan perbualan kami biasanya diisi dengan usrah dan kata-kata nasihat, juga berkongsi dan saling bertukar pendapat mengenai ilmu dan hal-hal semasa.Namun aku teringat kembali jawapan Ustaz Muammar atas hujah yang aku beri padanya untuk mempertahankan hubungan aku dengan Wafiyah dahulu.
            “firman Allah Taala yang bermaksud:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina iaitu melihat, bertukar senyuman, berbalas salam, berbual, berjanji dan berjumpa. Kamu dan pasangan kamu tidak melakukan zina  namun percayalah, hukum Allah itu semuanya bersebab. Sesungguhnya kamu mendekatkan diri kepada zina hati. Apabila kamu saling berbicara, kamu pasti tidak menundukkan pandangan kamu. Kamu saling bertukar senyuman mesra yang melalaikan hati, dan apabila kamu saling meluahkan rasa cinta, hati kamu saling merindu, maka kamu sudah berzina melalui hati. Zuhdi, jodoh itu ibarat rezeki, ia sudah ditentukan olehNya kepada setiap hambaNya. Berdoalah semoga kamu diberi jodoh dengan wanita yang solehah.”
           Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Kata-kata Uztaz Muammar, penceramah yang seringkali aku ikuti kuliahnya itu ada benarnya. Aku malu akan diriku sendiri. Aku seorang presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam di universitiku. Aku sering berkongsi artikel mengenai agama islam kepada rakan-rakan lain, namun pada masa yang sama aku telah melanggar hukum Allah dengan menyulam kasih dengan juniorku sendiri, Wafiyah. Aku leka melayan rasa kasih yang mula bercambah terhadap Wafiyah saban hari. Hatiku berbunga acap kali bertemu dan melihat wajah manisnya. Aku tersedar, yang hatiku tidak zuhud seperti namaku. Ya. Zuhdi bermaksud zuhud dan tidak mementingkan nikmat dunia. Sedangkan aku, telah asyik menikmati kenikmatan cinta bersama bukan muhrim di dunia tanpa memikirkan balasannya di akhirat kelak. Aku menggeleng kesal.
        Keputusanku muktamad. Aku perlu putuskan hubunganku dengan Wafiyah! Air mata lelakiku bergenang. Aku terlalu menyintai Wafiyah namun aku perlu akur dengan hukum Maha Pencipta. Andai benar Wafiyah adalah jodohku, pasti aku akan memiliki cintanya dengan halal kelak. Lantas telefon bimbit kucapai lalu menaip patah-patah kata yang amat berat untuk aku ucapkan kepadanya. Selesai menaip, aku baca semula bersama nafas yang seakan tersekat. Aku melafazkan bismillahirrahmanirrahim dan menekan butang send.




5 comments:

  1. serasanya,saya [pernah terbaca sebuah kisah yang seumpama ini di laman muka buku...apapun tahniah diucapkan kepada cik editor kerana cerpen anda sangat menarik untuk dibaca..sambung lagi ya.

    ReplyDelete
  2. oh ya lupa pulak nak tanya adakah ustaz Muammar itu seseorang yang saya juga mengenalinya?

    ReplyDelete
  3. ya cik diha..sy pon pernah terbaca kisah yg sama dgn konsep cerpen sy ni.. tp sy tidak plagiat ya..mungkin konsepnya sama tp cerita sy sendiri :)
    err...ustaz muammar 2 hanya watak ciptaan sy ;p

    ReplyDelete
  4. plagiat.. terima kasih kerana berjaya membuatkan saya membelek buku tebal ini (kamus dewan).. saya pun tidak mengatakan yang awak memplagiat cerita tersebut,hanya sekadar memberitahu.. :)

    ya imaginasi berasaskan realiti..hehe..;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...