Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

19.12.11

KAU BERNAMA SAHABAT

sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar
sahabat setia bagai pewangi mengharumkan
sahabat sejati menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan tuhan

dulu,
mak selalu cakap kawan adalah orang yang terpenting dalam hidup selepas keluarga. 
ya.
saya juga mengakuinya. mungkin kerana saya seorang yang ramah dan suka menegur orang yang baru ikenali, saya punya ramai kawan. tetapi, saya amat susah untuk menerima atau melabel seseoarang sebagai kawan baik atau teman akrab saya. semasa di sekolah dahulu, saya hanya punya seorang teman akrab, yang susah senangnya bersama saya.sekarang walaupun dia menuntut di UUM, jauh dengan saya namun dia adalah tenam yang pertama yang saya akan hubungi jika ada berita baik mahupun punya masalah. sayang kamu Nabela Huda <3

sekarang
sepanjang saya berada di UKM ini, saya hanya punya empat orang yang selayaknya digelar teman akrab saya.
~ Nurul Hazirah TENGOK DIA KAT SINI

~ Siti Rohayu ( along saya ) TENGOK DIA KAT SINI
                                           
~ Nor Wahyuna ( angah saya) TENGOK DIA KAT SINI

~Nor Madihah (acik saya ) TENGOK DIA KAT SINI

saya sayang mereka semua. saya tidak pernah berhenti berharap agar ukhuwah yang terjalin ini berkekalan selamanya. 
untuk acik/ madihah, selamat hari lahir yang ke-21. terima kasih kerana buat saya tersentuh dengan entri awak yang INI


biar ikatan kita kuat macam ni :)




2 comments:

  1. setiap bait kata-kata yang saya tulis dalam entri itu adalah ikhlas dari hati.. terima kasih kerana menghargai saya sebagai teman akrab kamu.. sayang kamu selamanya.. nanti boleh la kita ambil gambar seperti ini, saya mahu ikatan ini akan kekal buat selama-lamanya.. biarlah bermacam halangan yang terpaksa kita hadapi..kita adalah sekeluarga!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...