Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

23.12.11

mari membaca :)

hari ini nak cerita tentang hobi.
hobi aku dulu, kini dan insyaallah selamanya adalah membaca.
baca apa?
aku suka baca apa-apa sahaja asalkan boleh dibaca :)
tapi
aku paling pantang nampak novel. terus ambil dan baca.
dulu masa sekolah rendah (5-9 tahun), aku gemar membaca buku-buku dongeng. paling suka kisah puteri raja dan cerita binatang.





bila dah besar sikit, ( 10-12 tahun), aku sangat menggemari novel-novel remaja yang berkisahkan penyiasatan. aku masih ingat. novel kegemaran aku ialah siri tiga penyiasat.


macam ini

dan macam ini

masa umur 12tahun jugak, sudah pandai membaca novel cinta remaja :)



masuk tingkatan 1, tinggal di asrama, tabiat membaca semakin menjadi-jadi kerana ada perpustakaan asrama yang buku-bukunya boleh dipinjam bila-bila masa. ketika ini, novel-novel cinta dewasa menjadi pilihan. masih ingat novel pertama yang aku baca ialah Kau Yang Satu




kemudian aku sudah seperti jatuh cinta dengan novel-novel macam ini. mula kumpul duit poket semata-mata ingin beli sendiri novel. lebih puas hati bukan.. novel pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri ialah

ombak rindu
dan aku terus mendapat hobi baru iaitu mengumpul novel



semua yang di atas adalah novel popular bukan? tapi, apabila masuk ke UKM dan mengambil jurusan Persuratan Melayu, aku mula mengenal novel-novel sastera. semasa di sekolah dahulu, aku hanya membaca novel-novel KOMSAS.. tapi paling suka novel Julia.
novel KOMSAS tingkatan 5


jadi, adakala aku rasa rendah diri dengan teman lain kerana kebanyakan dari mereka dari jurusan sastera dan sudah banyak membaca novel sastera. sedangkan aku, tidak pernah kenal mana-mana novel sastera sebelum ini. cuma seingat aku, semasa di tingkatan 3, aku hanya membaca sebuah novel sastera. novel tersebut menjadi teks wajib untuk subjek sastera kakak aku yang ketika itu di tingkatan enam iaitu


novel karya Keris Mas ini memang menarik. aku sering curi-curi membaca novel ini di luar pengetahuan kakak. jangan salah faham. kakak aku bukan tidak suka aku membaca tetapi katanya lebih baik aku mengulangkaji subjek-subjek aku untuk PMR. hehe..
sekarang, bila diwajibkan membaca novel-novel sastera, malas pula.. tapi sekurang-kurangnya aku berpeluang juga mengenal novel-novel sastera bukan? kata cikgu aku dulu, minat itu boleh dipupuk.jadi mari bersama aku memupuk minat terhadap novel sastera :)

p/s: ayat akhir tu sebagai kata-kata semangat untuk teman-teman Persuratan Melayu habiskan baca novel wajib untuk exam nanti. ngee ;p



0 Pancaran Ungu:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...