Setiap warna itu memberi seribu erti kepada setiap orang..
dan warna yang sangat memberi erti kepada saya adalah UNGU!~

5.12.11

:: kek coklat::

sudah pukul 3.30 pagi.tapi mata masih belum mengantuk.
dan tiba-tiba berasa lapar..bila lapar terfikir bermacam jenis makanan..
dan saya teringin nak makan kek coklat..
dulu saya pernah cerita tentang kek coklat di SINI tetapi saya tidak berkongsi resipinya.
hari ini saya kongsikannya. resipi kek coklat ini sentiasa melekat dalam minda saya :)



bahan-bahan:
3 biji telur
1cawan gula
1cawan susu cair
1cawan minyak masak/minyak jagung
2cawan tepung gandum
1cawan serbuk koko
1sudu teh serbuk penaik
1sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan air suam

cara-cara:
1)putar telur bersama gula
2)apabila sudah kembang masukkan susu cair dan minyak secara perlahan-lahan
3)masukkan tepung,serbuk koko,soda bikarbonat dan serbuk penaik
4)masukkan air suam 
5)masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30 hingga 45 minit


cara membuat moist / topeng di atas kek
masukkan coklat masakan, mentega, susu pekat dan sedikit air ke dalam periuk dan kacau sehingga moist menjadi pekat.jika warna moist tidak berkilat tambah lagi mentega.

PERINGATAN
~Semasa tepung,serbuk koko dan lain-lain dimasukkan,(langkah 3) jangan putar terlalu lama kerana adunan anda akan menjadi mampat.
~ untuk menyediakan moist, tiada sukatan diperlukan kerana semuanya mengikut citarasa sendiri samada inginkan moist tebal atau nipis.

ini kek yang saya buat khas untuk teman-teman ukm semasa cuti yang lalu


5 comments:

  1. sedap nya...nt awk buat tuk sy bley? special for me only...hahaha

    ReplyDelete
  2. haha..naik sem depan pulak la kalau nak buat lagi pon..eh kalau spesel utk awk sorg kena buat 2biji la.sebiji lg kan kena agih2..;p

    ReplyDelete
  3. boleh tanya macam mans nak letak lagu kat bllog

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. welcome dear! selamat mencuba :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...