kenal siapa dalam gambar lelaki di atas? takkan tak kenal kan.. dia Khairul Fahmi atau Apex, penjaga gol Malaysia. gambar ni saya ambil dalam sebuah artikel di mynewshub dua hari lepas. antara petikan artikel tersebut ialah:
KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat.
Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.
Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012.
Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang.
Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.
Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.
siapa sangka kan, seorang ahli sukan yang dilanda dengan pelbagai kontroversi, dikutuk, dikecam hebat, diselongkar kisah peribadi, kini dipilih menjadi model sebuah majalah. yang pastinya, cerita tentang Apex dalam majalah itu nanti adalah tentang kehebatan Apex sebagai seorang gol keeper yang dianggap bertaraf dunia. bukan tentang kontroversi dia ya. jadi sape cakap dia jadi model majalah sebab kontroversi semata-mata memang aku sekeh! hehe..
bagi aku dia seorang yang hebat. mungkin ada sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan aku tapi pendapat semua orang tidak sama kan :)
eh perlu ke letak gambar ni? hehe saja je nak menunjuk aku ada gambar dengan Apex. peace^^

nk jugak ltak gmbr dia dgn apex 2...mcm sin chan pn ad..hahaha..jgn mare ye..;p
ReplyDeleteperlu la. mahal doe gambar tu.aik asal sin chan lak?
ReplyDelete2 muka kfc...sy tgok da mcm sin chan..hehe
ReplyDeletehaha..ada lak cm 2..0wh sebab kening dia kan..yg penting dia tak blurr cm sin chan..;p
ReplyDelete